HUBUNGI KAMI:

UMNO Bahagian Kuala Kedah
Tingkat 3, Bangunan UMNO, Jalan Sultan Badlishah, 05000 Alor Setar, Kedah Darul Aman
Telefon: +604-7301710 Faks: +604-7301699
E-mail:
kualakedah.umno@gmail.com
ketua.penerangan.ubkk@gmail.com

Sunday, February 8, 2009

Program Penerangan Isu-isu Semasa di Parlimen Kuala Kedah

Pada 6 Februari yang lalu telah genaplah 2 bulan Biro Penerangan UMNO Bahagian Kuala Kedah mengambil alih tugas daripada kepimpinan yang lama. Telah banyak cabaran dan dugaan yang telah ditempuh dan dilalui.
Walaupun banyak usaha telah dijalankan untuk memperbaiki dan mengubah cara Penerangan
UMNO berfungsi di Kuala Kedah ini, namun seperti yang dijangka, penerimaannya oleh ahli dan kepimpinan bahagian agak bercampur-campur. Bagi saya, apa yang lebih penting ialah mesej yang ingin disampaikan dapat diterima oleh kumpulan sasaran.
Memang diakui jentera Biro Penerangan masih kurang memuaskan dan segala kritikan serta cadangan yang diberikan akan saya analisa dan pertimbangkan demi untuk memperbaiki tahap perkhidmatan yang diberikan.
Secara jujurnya memang lebih banyak kritikan yang saya terima berbanding pujian, tetapi itu tidak sepatutnya dijadikan alasan untuk melemahkan semangat semua ahli biro penerangan untuk terus menjalankan tugas yang telah diamanahkan oleh Yang Berbahagia Ketua Bahagian.
Saya bagi pihak Biro Penerangan ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan setinggi penghargaan kepada semua yang menyuarakan pendapat mereka dengan jujur kepada saya dan semua ahli Biro ini Kami amat gembira menerima semua ini kerana ini menunjukkan masih ramai orang yang prihatin dan sayangkan UMNO dan inginkan perubahan dilakukan.
Biro Penerangan kini memasuki fasa yang baru dalam usaha untuk menyampaikan maklumat kepada akar umbi dan memberi maklum balas kepada kepimpinan bahagian apa yang dikehendaki oleh akar umbi. Memang benar sebelum ini usaha lebih banyak ditumpukan kepada sebaran bercorak maya atau melibatkan alam siber. Ini sebenarnya khusus untuk menarik golongan muda yang banyak meninggalkan UMNO dan berpaling tadah kepada parti pembangkang.
Kini kita akan memulakan pendekatan turun padang dan berjumpa akar umbi untuk menerangkan mengenai isu-isu semasa dan menyelesaikan permasalahan yang timbul. Ia akan melibatkan usaha yang lebih agresif khususnya daripada ahli Biro itu sendiri.
Ramai orang yang telah menimbulkan isu Ketua Bahagian tidak turun berjumpa ahli , walaupun pada hakikatnya Yang Berbahagia Dato Latt tidak jemu-jemu menghadiri pelbagai majlis yang telah dianjurkan oleh cawangan dan bahagian seperti yang telah dilaporkan sebelum ini. Inilah masalah besar yang telah dikenal pasti oleh pihak Biro dan ia akan diperbaiki dengan kadar segera.
Sebagai permulaan, pihak Biro melalui cadangan yang telah dibuat oleh Yang Berbahagia Dato Latt sendiri, akan menghantar senarai aktiviti yang telah / akan dijalankan kepada Tuan Setiausaha Bahagian untuk diedarkan kepada semua ketua cawangan secara berkala.
Tuan Setiausaha juga telah pun menghantar surat kepada semua Ketua Biro untuk memaklumkan kepada beliau apa sahaja aktiviti yang dijalankan oleh mereka untuk disebarkan kepada ahli agar tiada lagi isu mengatakan tidak mendapat maklumat daripada bahagian atau tidak dipedulikan oleh kepimpinan bahagian.
Biro Penerangan juga akan bekerjasama dengan UMNO Bahagian untuk menganjurkan satu forum mengenai isu-isu semasa di Kuala Kedah khasnya dan apa yang berlaku di seluruh negara amnya (terutamanya di Perak) pada masa yang terdekat ini. Ini juga merupakan idea Yang Berbahagia Ketua Bahagian kerana mengambil kira apa yang berlaku sekarang di peringkat nasional.
Untuk permulaan, semua ketua cawangan dan ketua wanita cawangan di Parlimen Kuala Kedah akan dijemput untuk menghadiri forum tersebut. Ini akan diikuti oleh program penerangan untuk peringkat Dewan Undangan Negeri dan sebagainya. Semuanya akan dimaklumkan tidak lama lagi.

Terima Kasih Di Atas Sokongan Dan Keprihatinan Anda Semua
&
Jangan Lupa Untuk Terus Mendapatkan Maklumat Terkini Daripada Blog Ini.