HUBUNGI KAMI:

UMNO Bahagian Kuala Kedah
Tingkat 3, Bangunan UMNO, Jalan Sultan Badlishah, 05000 Alor Setar, Kedah Darul Aman
Telefon: +604-7301710 Faks: +604-7301699
E-mail:
kualakedah.umno@gmail.com
ketua.penerangan.ubkk@gmail.com

Thursday, July 30, 2009

PENGUMUMAN:

MESY. PERWAKILAN PUTERI UMNO
BHGN. KUALA KEDAH 2009


Tarikh:
01hb Ogos 2009 (Sabtu)

Masa:
9.00 Pagi

Tempat:
Dewan Tingkat 6, Bangunan UMNO Alor Setar



MAJLIS ISRAK MIKRAJ
PERINGKAT PARLIMEN KUALA KEDAH


Tarikh:
01hb Ogos 2009 (Sabtu)

Masa:
9.00 Malam

Tempat:
Dewan UMNO Taman Aman, Anak Bukit

Anjuran:
Biro Dakwah, UMNO Bahagian Kuala Kedah
dengan kerjasama UMNO Cawangan Taman Aman



MAJLIS NISFU SYAABAN
PERINGKAT UMNO BAHAGIAN KUALA KEDAH

Tarikh:
05hb Ogos 2009 (Rabu)

Masa:
7.00 Malam

Tempat:
Surau Kampung Kuala Sungai

Anjuran:
Biro Dakwah, UMNO Bahagian Kuala Kedah


Sunday, July 26, 2009

Mesyuarat Perwakilan Wanita UMNO Bahagian Kuala Kedah 2009


Tahniah kepada Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Kuala Kedah & AJK kerana telah berjaya mengadakan Mesyuarat Perwakilan Wanita UMNO Bahagian Kuala Kedah 2009 dengan jayanya pada 25hb Julai 2009 bertempat di Dewan, Tingkat 8, Bangunan Tunku.

KEM JATI DIRI PEMUDA UMNO BAHAGIAN KUALA KEDAH

Dato' Latt Shariman Abdullah (Ketua UMNO Bahagian Kuala Kedah) bersama Tuan Haji Muthalib Harun (Naib Ketua UMNO Bahagian Kuala Kedah) serta Encik Shafiqurrahman (Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kuala Kedah) bergambar kenangan bersama para peserta Program Jati Diri Pemuda UMNO Kuala Kedah di Damai Park Resort baru-baru ini. Syabas dan tahniah kepada Pemuda UMNO Kuala Kedah di atas penganjuran ini.

Tuesday, July 14, 2009

Berita Pilihan : Pesanan YAB Dato' Seri Najib Kepada UMNO Kedah..

Utusan Online - 14.07.2009

Tiada jawatan kalau tak buat kerja - PM

ALOR SETAR 13 Julai - Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memberi amaran kepada ahli-ahli parti itu bahawa mereka tidak akan diberikan jawatan sekiranya gagal melaksanakan tanggungjawab kepada rakyat.Ini kerana menurutnya, UMNO memerlukan orang yang boleh membuat kerja dengan bersungguh-sungguh sepanjang masa dan sentiasa dekat di hati rakyat.

''Buat kerja sungguh-sungguh, turun ke bawah, dekat di hati rakyat sepanjang masa,'' ujarnya.
Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Jamuan Makan Malam Bersama Pemimpin UMNO Negeri Kedah di Dewan Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) di sini malam ini.

Turut hadir Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal; Timbalannya, Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah; Ketua Penerangan, Senator Datuk Jamil Khir Baharum; Bendahari, Datuk Mukhriz Mahathir dan pemimpin-pemimpin sayap serta bahagian UMNO negeri ini.

Sambil mengingatkan bahawa mesej tersebut untuk ahli UMNO Kedah, tegas Najib, jawatan hanya akan diberi kepada ahli-ahli yang membuat kerja. ''Kalau nak jawatan, buat kerja dari sekarang. Saya bagi amaran kalau tak buat kerja jangan harap (dapat jawatan). Saya tak kira siapa kerana yang dipilih mesti buat kerja dan dekat di hati rakyat.

''Jangan jadi wakil rakyat tak buat kerja, jangan nak glamor... Sampai masa lobi, tak dapat lobi saya lobi pegawai saya, lobi semua orang dan apabila disemak, kerja tak buat, apa pun tak buat,'' tegasnya.

Najib turut menjelaskan bahawa beliau mengetahui mengenai apa yang berlaku di bahagian dan cawangan UMNO.''Orang yang dipilih mestilah dekat di hati kita... Saya tahu ada jawatan Ketua Bahagian (UMNO), saya tahu apa permainannya.''Yang penting bukan permainan dengan parti tetapi permainan dengan rakyat kerana sokongan rakyat itu penting," kata beliau.
Najib memberitahu, jika ahli-ahli parti mengikut panduan tersebut, UMNO akan dapat kembali menebus maruahnya di negeri ini.

Sunday, July 12, 2009

Program Dadah Dapat Perhatian Media (SINAR 12.07.2009 - U5)




Walaupun 'Program Membasmi Dadah Tanggungjawab Bersama' yang dianjurkan oleh UMNO Kuala Kedah baru-baru ini tidak mendapat sambutan seperti yang diharapkan, namun ia tetap mendapat perhatian media.

Pihak UMNO juga cukup terharu kerana telah menerima banyak maklum balas daripada orang ramai sama ada di dalam atau di luar Kuala Kedah untuk tidak berputus asa dan meneruskan lagi program seperti ini .

Terima kasih semua.... Insya Allah , kami akan teruskan. Rasulullah S.A.W sendiri dahulu telah menemui pelbagai kegagalan ketika mula-mula menyebarkan agama Islam. Namun berkat ketabahan baginda, Islam telah berkembang hingga ke seluruh dunia.

Jadi dalam hal begini, kita juga perlu ketabahan. Masalah dadah memang kritikal. Mungkin dengan usaha yang lebih gigih, golongan belia kita akan sedar tentang kesilapan mereka. UMNO Kuala Kedah juga berdoa agar pemimpin mereka dibuka hati dan pemikiran mereka untuk lebih prihatin dan memberi kerjasama dalam program seperti ini di masa akan datang, Insya Allah. Kepentingan peribadi atau fahaman politik perlu diketepikan demi kebaikan agama, bangsa dan agama.
Renung-renungkanlah....


Friday, July 10, 2009

Jangan Lupa Program 'Membasmi Dadah Tanggungjawab Bersama' Esok!


YAB Dato' Seri Najib di Kedah 13.07.2009

Untuk makluman, satu perhimpunan bersama YAB Dato' Seri Najib akan diadakan di Dewan Wawasan Jitra pada 13.07.2009 jam 2.30 petang.
Semua dijemput hadir.

Wednesday, July 8, 2009

UMNO Kuala Kedah Ke Mesyuarat Bersama Setiausaha Penerangan UMNO Negeri

Petang tadi telah berlangsung satu mesyuarat khas yang telah dipengerusikan oleh Setiausaha Perhubungan UMNO Negeri - YB Dato' Ir Nawawi.

Ia telah dihadiri oleh Setiausaha Bahagian dan Ketua Penerangan UMNO dari semua bahagian di negeri Kedah ini. Turut hadir ialah SUK UMNO Negeri (Dato' Ariffin) , Pengerusi Pusat Sumber Negeri (Dato' Bakri) dan YB Shabudin (Setiausaha Politik kepada YB Sen. Mej. Jen. (B) Dato' Jamil Khir Baharom).

UMNO Kuala Kedah telah diwakili oleh Setiausaha UMNO Bahagian, Tuan Haji Ahmad Bin Shafiee dan Ketua Penerangan, Dr. Wan Mohd Rushidi Wan Mahmud.

Sunday, July 5, 2009

Jemputan ke Program Membasmi Dadah Tanggungjawab Bersama 11.07.2009




Perjumpaan Bloggers Utara

Semalam satu perjumpaan Bloggers Utara telah berlangsung. UMNO Kuala Kedah cukup bertuah kerana telah diberi kesempatan untuk turut hadir ke majlis tersebut.

Secara umumnya banyak perkara yang telah dibincangkan. Namun apa yang lebih penting ialah peluang untuk bertemu dan berinteraksi dengan mereka yang telah lama berkecimpung dalam bidang ini .

Antara punca kekalahan UMNO di pilihan raya yang lalu ialah kealpaan kita terhadap kewujudan dan pengaruh media baru dalam senario politik tanah air. Oleh yang demikian, peluang sebegini harus diambil sebagai salah satu usaha memperbaiki dan menambahbaik jentera UMNO dalam menghadapi pilihan raya yang akan datang

Wednesday, July 1, 2009

Sepintas Lalu: Y.Bhg Dato' Latt di Mesyuarat Cawangan Alor Janggus


**Gambar : Borhan Sidqi Abdullah (SUK UMNO Kuala Kedah)