HUBUNGI KAMI:

UMNO Bahagian Kuala Kedah
Tingkat 3, Bangunan UMNO, Jalan Sultan Badlishah, 05000 Alor Setar, Kedah Darul Aman
Telefon: +604-7301710 Faks: +604-7301699
E-mail:
kualakedah.umno@gmail.com
ketua.penerangan.ubkk@gmail.com

Wednesday, March 31, 2010

MUHASABAH DIRI

"Wahai orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan daripada sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang daripada kamu makan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada ALLAH; sesungguhnya ALLAH Penerima Taubat, lagi Maha Mengasihani" (Surah al-Hujurat ayat 12)

PROGRAM JUARA RAKYAT DI TABIKA KEMAS TAMAN SERI PUTRA KUALA KEDAH

Ajuran Bersama JASA dan Puteri UMNO Bahagian Kuala Kedah










PROGRAM JUARA RAKYAT DI SEK. KEB. PADANG HANG DUN ANAK BUKIT

AGENSI-AGENSI KERAJAAN BERSAMA RAKYAT
(Anjuran JASA bersama Pemuda UMNO Bahagian Kuala Kedah)





Tuesday, March 30, 2010

MESYUARAT PENYELARAS PADANG HANG BERSAMA JASA DAN PEMUDA







JOM KITA MENJAYAKAN PROGRAM JUARA RAKYAT

Tarikh : 30 Mac 2010(Selasa)
Jam : 2.30 petang - 6.00 petang
Tempat : 1) Sek. Keb. Simpang 3 Padang Hang DUN Anak Bukit
(Bersama Pemuda UMNO Kuala Kedah)

2) Sek. Keb. Hj. Hassan Itam Simpang Empat
DUN Pengkalan Kundor
(Bersama Wanita UMNO Kuala Kedah)



Tarikh : 31 Mac 2010 (Rabu)
Jam : 9.00 pagi - 1.00 petang
Tempat : Tabika KEMAS/ Padang Taman Sri Putra
DUN Kubang Rotan
(Bersama Puteri UMNO Kuala Kedah)

Monday, March 29, 2010

RIBUT DI KG. KUBANG BONGOR DAN KUBANG JAMBU

Ujian Allah s.wt. sentiasa diberi kepada hamba-hambaNya yang bertaqwa.
Sebagai hambaNya yang taat kitaperlu redha dan banyak bersabar.
28.03.2010, jam 4.48 ptg-Ribut telah melanda Kampung Kubang Bongor menyebabkan 8 buah rumah mengalami kerosakan, manakala di Kampung Kubang Jambu sebanyak 3 buah rumah mengalami kerosakan. Rumah-rumah lain mengalami kerosakan kecil. UMNO Bahagian Kuala Kedah telah membuat lawatan segera dan sedang mengatur bentuk bantuan yang sepatutnya.







Thursday, March 25, 2010

Tahniah & Syabas

Terlebih dahulu ucapan tahniah dan syabas kepada Cikgu Ramli Safar (Pengerusi Biro Pelajaran UMNO Bahagian K. Kedah) dan barisan Ahli Jawatankuasa di atas kejayaan penganjuran Kelas TUISYEN Bahasa Inggeris baru-baru ini.
Tahniah & Syabas juga kepada Cikgu Zul (Ketua Penerangan UMNO bahagian K. Kedah) di atas pengendalian mesyuarat Jawatankuasa Biro Penerangan baru-baru ini serta pengaktifan semula blog Rasmi UMNO Bahagian Kuala Kedah.
MESRA . MUAFAKAT . AMANAH
Ikhlas
Latt Shariman Abdullah

Monday, March 22, 2010

Majlis Maulidurrasul Cawangan Matangkong

Ceramah di sampaikan oleh Tuan Syeikh Faisol b. Hj. Omar
Pegawai Agama Daerah Kubang Pasu