HUBUNGI KAMI:

UMNO Bahagian Kuala Kedah
Tingkat 3, Bangunan UMNO, Jalan Sultan Badlishah, 05000 Alor Setar, Kedah Darul Aman
Telefon: +604-7301710 Faks: +604-7301699
E-mail:
kualakedah.umno@gmail.com
ketua.penerangan.ubkk@gmail.com

Monday, September 28, 2009

Majlis Kesyahduan Aidilfitri 1430H



YBhg Dato' Latt Shariman Abdullah telah menghadiri majlis Kesyahduan Aidilfitri 1430H anjuran Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Telok Chengai. Beliau turut menyampaikan sumbangan hamper kepada anak-anak istimewa di situ.


Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri






Pada 26hb September 2009 (Sabtu) dari jam 10.00 pagi hingga 2.30 petang, YBhg Dato' Latt Shariman Abdullah, Ketua UMNO Bahagian Kuala Kedah serta keluarga telah mengadakan Jamuan Aidilfitri di KEMAS Parlimen Kuala Kedah, Kuala Sungai. Jamuan Aidil Fitri tersebut telah dihadiri oleh 3000 orang yang terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat dan bangsa.

Saturday, September 19, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

UMNO Bahagian Kuala Kedah mengucapkan SELAMAT HARI RAYA:
"Ramadhan Akan Pergi Bersama Hidayah Yang Allah Beri,
Sayu dan Pilu Akan perpisahan Ini,
Syawal Menjelang Membawa Barakah Bersamanya,
Maaf Dipohon Atas Salah & Silap,
UMNO Bahagian Kuala Kedah Mendoakan Kesejahteraan di Lembaran ini"

Majlis Penyampaian Zakat & Sumbangan Aidilfitri


YBhg. Dato' Latt Shariman Abdullah, Ketua UMNO Bahagian Kuala Kedah sedang
menyampaikan sumbangan zakat & sumbangan Aidilfitri kepada para penduduk dalam Parlimen Kuala Kedah pada 18hb September 2009 di KEMAS, Kuala Sungai.

Friday, September 18, 2009

Persiapan Majlis Penyampaian Zakat & Sumbangan Aidilfitri 1430H/2009M


Para petugas yang terdiri daripada AJK UMNO Bahagian, Wanita, Pemuda & Puteri sedang bertungkus lumus membungkus barangan sumbangan Aidilfitri 1430H di KEMAS, Kuala Sungai.

Wednesday, September 16, 2009

Tuesday, September 15, 2009

RUMAH TERBUKA KETUA UMNO BAHAGIAN

YBhg. Dato' Latt Shariman Abdullah, Ketua UMNO Bahagian Kuala Kedah dan Datin Norzihan Ahmad Latt, dan Latt Omar Shariman akan menganjurkan Rumah Terbuka Aidilfitri 1430H/2009M mengikut ketetapan di bawah:

Tarikh: 26hb September 2009 (Sabtu)
Masa: 10.00 pagi - 1.00 petang
Tempat: KEMAS, Kuala Sungai
SEMUA DIJEMPUT HADIR

Monday, September 14, 2009

PENGUMUMAN

Berikut adalah program yang melibatkan UMNO Bahagian Kuala Kedah:

1. Majlis Perjumpaan Pengerusi JKKKP bersama Menteri Kemajuan Luar Bandar & Wilayah
Tarikh: 17hb September 2009 (Khamis)
Masa: 3.00 petang
Tempat: Dewan, Bangunan Kerajaan Persekutuan, Anak Bukit

2. Majlis Penyampaian Zakat & Sumbangan Aidilfitri 1430H/2009M
Tarikh: 18hb September 2009 (Jumaat)
Masa: 2.30 petang
Tempat: KEMAS, Kuala Sungai

3. Majlis Berbuka Puasa Anjuran KSK DUN Kubang Rotan
Tarikh: 18hb September 2009 (Jumaat)
Masa: 7.00 malam
Tempat: Masjid Seberang Kota, Kuala Kedah

4. Majlis Rahmat Ramadhan anjuran Penyelaras UMNO Kawasan Seberang Kuala Kedah
Tarikh: 18hb September 2009 (Jumaat)
Masa: Selepas Solat Terawih
Tempat: Masjid Seberang Kota, Kuala Kedah

5. Majlis Takbir Raya
Tarikh: 19hb September 2009 (Sabtu)
Masa: 8.00 malam
Tempat: Rumah Puan Hasnah (Pengerusi JKKKP, Paremba/Kilang Tebu)

Sunday, September 13, 2009

Sahur Ramadhan

Pada Ramadhan ini, YBhg. Dato' Latt Shariman Abdullah, Ketua UMNO Bahagian Kuala Kedah telah memperkenalkan satu program itu Bersahur Bersama Penduduk sekitar Parlimen Kuala Kedah. Program sahur ini telah mendapat sambutan daripada para penduduk.

Ziarah Ramadhan




YBhg. Dato' Latt Shariman Abdullah telah menziarahi penduduk dalam Parlimen Kuala Kedah. Kawasan yang terlibat ialah sekitar DUN Anak Bukit, DUN Kubang Rotan & DUN Pengkalan Kundor. YBhg. Dato' turut menyerahkan hamper berbuka puasa kepada keluarga yang diziarahinya.

Friday, September 11, 2009

Ketua UMNO Bahagian Melawat Mangsa Kebakaran

Dato' Latt Shariman Abdullah, Ketua UMNO Bahagian Kuala Kedah telah menziarahi En. Mahmud Mohd Saad, SU UMNO Cawangan Batas Paip, Kuala Kedah iaitu mangsa kebakaran rumah di Kampung Batas Paip.

Majlis Berbuka Puasa DUN Anak Bukit

Majlis Berbuka Puasa Peringkat DUN Anak Bukit telah berlangsung di Masjid Simpang Empat Kuar pada 11hb September 2009. Majlis tersebut telah dihadiri oleh Dato' Latt Shariman Abdullah (Ketua UMNO Bahagian), Haji Muthalib Harun (Naib Ketua), Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian serta Ahli Jawatankuasa Wanita, Pemuda & Puteri Bahagian.

Friday, September 4, 2009

Majlis Berbuka Puasa DUN Kubang Rotan

Majlis Berbuka Puasa Peringkat DUN Kubang Rotan telah berlangsung di Masjid Kubang Jawi pada 4hb September 2009. Majlis tersebut telah dihadiri oleh Dato' Latt Shariman Abdullah (Ketua UMNO Bahagian), Dato' Jamil Idross (Timbalan Ketua), Haji Muthalib Harun (Naib Ketua), Ketua Pemuda, Ketua Puteri, Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian serta Ahli Jawatankuasa Wanita, Pemuda & Puteri Bahagian.

Thursday, September 3, 2009

Kebakaran Rumah SU UMNO Cawangan Batas Paip


Pada 2hb September 2009 (lebih kurang antara pukul 8.15 pagi) telah berlaku satu kebakaran di rumah Encik Mahmud Bin Mohd Saad (Yen), SU UMNO Cawangan Batas paip. Maklumat awal mengatakan kemungkinan punca kebakaran ialah disebabkan oleh litar pintas.
Tiada kemalangan jiwa yang berlaku dan pihak Bomba telah dapat mengawal kebakaran dengan cepat dan pantas.
UMNO Bahagian Kuala Kedah telah bersama-sama turut hadir membantu memberi sokongan kepada keluarga beliau.