HUBUNGI KAMI:

UMNO Bahagian Kuala Kedah
Tingkat 3, Bangunan UMNO, Jalan Sultan Badlishah, 05000 Alor Setar, Kedah Darul Aman
Telefon: +604-7301710 Faks: +604-7301699
E-mail:
kualakedah.umno@gmail.com
ketua.penerangan.ubkk@gmail.com

Wednesday, February 25, 2009

Usaha Ketua Bahagian Melalui Pertubuhan Bukan Kerajaan Membela Nasib Umat Islam di Gaza

UMNO Kuala Kedah dengan bangganya ingin memaklumkan kepada semua warga Kuala Kedah bahawa Ketua Bahagian kita, Yang Berbahagia Dato' Latt Shariman merupakan penggerak utama satu projek kebajikan untuk umat Islam di Gaza di peringkat nasional.

Projek ini bertemakan : ‘Power of 10 Sen: Gaza Dibela’ dan akan berlangsung mulai 25/2/2009 hingga 12/5/2009.

Anda boleh membaca mengenainya di alamat berikut :

http://www.power10sen.org/index.php?option=com_content&view=article&id=56&Itemid=76

Tahniah Dato'. Semoga usaha murni ini akan diberkati Allah hendaknya, Insya Allah.

Tuesday, February 24, 2009

Jemputan Ke Program Kesihatan Masyarakat Padang Hang

Anjuran Umno Bahagian Kuala Kedah & Klinik Kesihatan Alor Janggus
Tarikh : Sabtu 28 Februari 2009 (8.00 Pagi – 1.00 Petang)
Tempat : Dewan Surau Kampung Sungai Lintang, Teluk Jawa

Aktiviti
  • 8.00 pagi : Pemeriksaan Kesihatan & Pap Smear
  • 9.00 pagi : Ceramah Kesihatan - Dr. Zaki Zamani Abd Rashid, Pegawai Perubatan Hospital Sultanah Bahiyah
  • 11.30 pagi : Majlis Perasmian Penutup - Yang Berbahagia Dato’ Latt Shariman Abdullah, Ketua UMNO Bahagian Kuala Kedah
  • 12.00 tengah hari : Jamuan

Monday, February 23, 2009

Program Penghayatan Rukun Negara & Penerangan Isu-isu Semasa Peringkat Parlimen Kuala Kedah

Bagi memenuhi permintaan daripada semua ahli UMNO Bahagian Kuala Kedah, Biro Penerangan dengan kerjasama Pejabat Penerangan Daerah Kota Setar akan menganjurkan program khas pada 7/3/2009. Maklumat lanjut mengenainya adalah seperti berikut:
  • Tarikh & Masa - Sabtu - 7 Mac 2009 (2.00 petang – 6.00 petang)
  • Tempat - Auditorium Kedah FM, Jalan Kuala Kedah, Alor Setar, Kedah

Objektif

Memberi penerangan mengenai isu-isu semasa (tempatan dan nasional) kepada pemimpin UMNO daripada setiap peringkat dan sayap bahagian dalam kawasan Parlimen Kuala Kedah

Jemputan

Ketua UMNO Cawangan / Setiausaha UMNO Cawangan / Ketua Wanita Cawangan dan AJK Bahagian / Wanita/ Pemuda / Puteri

Atur Cara Majlis
Ucapan Aluan - Pengarah Penerangan Negeri Kedah
Ceramah Penghayatan Rukun Negara - En Romli Ahmad (Peg. Penerangan Daerah Kota Setar)
Amanat Ketua Bahagian - Yang Berbahagia Dato’ Latt Shariman Abdullah
Sesi Soal Jawab Bersama Ketua Bahagian (Pengerusi: Tuan Haji Ahmad Shafie)

Ketua Puteri Dalam Ruangan Personaliti Utara : SINAR (23/2/2009 : U 17)


Tahniah Puan Tanti !

Karnival Pekerjaan Mini di Kuala Kedah Dapat Perhatian Media Lagi - SINAR (23/2/2009 : U6)



Ketua Pemuda Dalam Media : SINAR (23/2/2009 - U6)

Sunday, February 22, 2009

Karnival Pekerjaan Mini di Kuala Kedah Dapat Perhatian Media - NST/Metro/Berita Harian dan KOSMO Hari ini

METRO (22/2/2009 - MUKA SURAT 16)

NEW STRAITS TIME (22/2/2009 - MUKA SURAT 13)
BERITA HARIAN (22/2/2009 - MUKA SURAT 41)

KOSMO (22/2/2009 - MUKA SURAT 4)




Saturday, February 21, 2009

Sekitar Program Karnival Pekerjaan Mini Kuala Kedah (21/2/2009)





Hari ini telah berlangsung Karnival Pekerjaan Mini seperti yang telah dirancang. Ia telah mendapat sambutan yang sungguh menggalakkan daripada orang ramai terutamanya anak-anak muda di sekitar Kuala Kedah. Tinjauan mendapati terdapat juga mereka yang datang daripada kawasan luar daripada Kuala Kedah seperti Pendang dan Pulau Pinang.

Yang Berbahagia Ketua Bahagian, Dato Latt Shariman telah sudi meluangkan masa hampir 4 jam melawat program tersebut dan beramah mesra dengan anak-anak muda dan ibu bapa yang hadir di situ. Beliau berasa cukup bangga dengan sambutan hangat yang diberikan dan mencadangkan agar program yang sama dibuat dalam masa yang terdekat di kawasan Anak Bukit ; dan melibatkan lebih banyak agensi baik kerajaan mahu pun swasta.

UMNO Kuala Kedah ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada Dr Heazar Ismail (Exco Pemuda Bahagian Kuala Kedah), Jabatan Tenaga Kerja, Sekolah Kebangsaan Haji Ismail, Kuala Kedah dan semua ahli UMNO yang telah bertungkus lumus memastikan program ini berjalan lancar.
Pihak UMNO juga amat berterima kasih kepada Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat. Insya Allah , kita akan berjumpa di Anak Bukit untuk program yang sama tidak lama lagi...

Terima Kasih Kepada Ketua Puteri

UMNO Kuala Kedah ingin sekali lagi merakamkan ucapan terima kasih kepada Ketua Puteri UMNO Kuala Kedah, Puan Tanti Yusnita Mahmud kerana telah memberi sumbangan Kamera Video berjenama Canon untuk kegunaan Biro Penerangan.
Hari ini kami telah menggunakannya buat kali pertama di Karnival Pekerjaan Mini Kuala Kedah. Kamera ini cukup canggih dan dapat merakamkan gambar dengan lebih jelas dan cantik.
Terima kasih daun keladi diucapkan kepada Ketua Puteri, kalau ada rezeki lebih nanti berilah lagi....



Thursday, February 19, 2009

Program Karnival Kerjaya Mini 21/2/2009

UMNO Bahagian Kuala Kedah dengan sukacitanya ingin menjemput semua warga Kuala Kedah ke Program Karnival Kerjaya Mini yang akan berlangsung pada Sabtu ini (21/2/2009) di Sekolah Kebangsaan Haji Ismail bermula 9.00 pagi hingga 5 petang
Maklumat lanjut mengenai program tersebut adalah seperti di bawah:

Program
Temu duga terbuka pelbagai jenis pekerjaan melibatkan 18 majikan dan 431 kekosongan pelbagai jawatan (untuk senarai penuh jawatan dan majikan klik di sini
Anjuran
UMNO Bahagian Kuala Kedah & Jabatan Tenaga Kerja Negeri Kedah
Objektif
Memberi peluang kepada seluruh rakyat di Parlimen Kuala Kedah khususnya ahli UMNO untuk mendapat pekerjaan terutama dalam kegawatan ekonomi sekarang ini.
KEHADIRAN TUAN/PUAN AMATLAH DIALU-ALUKAN

Monday, February 16, 2009

Yang Berbahagia Dato Latt di Program Bumi Hijau - Titi Gajah (15/2/2009)




Ini merupakan antara gambar yang telah dirakamkan oleh AJK Penerangan UMNO Bahagian Kuala Kedah sepanjang Program Bumi Hijau yang dirasmikan oleh Yang Berbahagia Ketua Bahagian, Dato Latt Shariman. Program ini telah diadakan pada 15/2/2009 di rumah Ketua Cawangan UMNO Titi Gajah.

Sunday, February 15, 2009

Ucapan Terima Kasih Kepada Ketua Puteri UMNO Kuala Kedah

Seluruh Warga UMNO Bahagian Kuala Kedah ingin merakamkan setinggi penghargaan dan ucapan jutaan terima kasih kepada Ketua Puteri UMNO Bahagian Kuala Kedah , Puan Tanti Yusnita Mahmud kerana telah bermurah hati menyumbangkan peralatan video untuk kegunaan Biro Penerangan UMNO Bahagian.

Sumbangan itu telah disampaikan sendiri oleh Puan Tanti kepada Yang Berbahagia Ketua Bahagian, Dato Latt Shariman baru-baru ini.

Sumbangan ini sesungguhnya cukup bermakna dan akan dapat memudahkan lagi tugas Biro Penerangan untuk menyampaikan maklumat kepada semua ahli seperti yang diinginkan oleh Yang Berbahagia Ketua Bahagian.

Terima kasih diucapkan kepada Puan Tanti. Semoga Tuhan memberkati segala usaha anda dan memurahkan lagi rezeki hendaknya. Amin....

Yang Berbahagia Ketua Bahagian di Sekolah Kebangsaan Titi Gajah (15/2/09)


Pada pagi tadi, Yang Berbahagia Dato' Latt sempat meluangkan masa untuk menyampaikan sumbangan berbentuk beras & basikal kepada waris pelajar di Sekolah Kebangsaan Titi Gajah. Sumbangan beras telah diperoleh daripada BERNAS.

Lebih banyak gambar boleh dilihat di alamat berikut :

** Gambar ihsan daripada ajk penerangan bahagian

Saturday, February 14, 2009

Ruangan Siber Baru Untuk UMNO Bahagian Kuala Kedah

UMNO Kuala Kedah telah menerima banyak rungutan mengenai kesukaran untuk mengakses facebook yang telah dibuat terdahulu. Telah banyak juga cadangan tempat di mana gambar-gambar yang diambil boleh dipaparkan umpamanya fotopages dan lain-lain.

Sebagai alternatif, UMNO Bahagian Kuala Kedah telah mengadakan ruangan baru untuk memuat turun gambar-gambar dan maklumat lain yang boleh dikongsi bersama ahli. Ruangan ini boleh diakses di alamat berikut.

http://umnokualakedah.spaces.live.com/

Insya Allah, lebih banyak gambar yang akan dimuat turun di masa yang akan datang.

Terima kasih di atas sokongan anda.

Program Yang Berbahagia Ketua Bahagian pada 15/2/2009

Berikut adalah program Yang Berbahagia Dato Latt Shariman Abdullah pada 15/2/2009

  1. 11 pagi : Penyampaian Sumbangan kepada Murid Miskin di Sekolah Kebangsaan Titi Gajah
  2. 2 petang : Program Bumi Hijau di rumah Ketua Cawangan Titi Gajah
  3. 5 petang : Program Mesra Dato Latt Bersama Warga Guru (Rumah Cikgu Man – 42, Susuran Jelatek, Taman Jelatek (Depan Giant)

Semua di jemput hadir. Terima kasih

JANGAN BIADAP! (Utusan Malaysia - 14/2/2009)

Berikut adalah kenyataan akhbar khas yang tersiar di muka depan Utusan Malaysia pada hari ini. UMNO Kuala Kedah berharap kenyataan seperti ini akan menyedarkan kita khususnya orang Melayu bahawa kedaulatan raja-raja tidak harus dipandang ringan atau dipertikaikan mahu pun dipermainkan. Ingatlah bahawa 'Kesetiaan kepada Raja' merupakan salah satu daripada Rukun Negara...
KENYATAAN AKHBAR KHAS PENEGASAN TERHADAP PERGOLAKAN POLITIK YANG BERLAKU DI NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN

Perkembangan politik, peristiwa demonstrasi jalanan serta pertelingkahan antara pelbagai pihak, bersabit dengan pelantikan kerajaan baru negeri Perak baru-baru ini, yang sehingga membawa pada beberapa gelagat biadab terhadap DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, amat mendukacitakan dan mengecewakan beta Perkara ini lebih-lebih lagi dirasai oleh beta kerana DYMM Paduka Seri Sultan Perak adalah ayahanda saudara beta. Malah, keluarga diraja kedua-dua buah negeri ini mempunyai sejarah pertalian yang erat sehingga hari ini.

DYMM Paduka Seri Sultan Azlan Shah yang beta kenali adalah seorang tokoh yang tinggi ilmu serta pengalaman perkhidmatan perundangan dan kehakiman baginda, sesuai dengan kedudukan baginda sebelum ini sebagai mantan Ketua Hakim Negara. Baginda dan keluarga baginda juga mempunyai latar belakang serta kelayakan keilmuan yang cemerlang dan sangat peka pada kepentingan rakyat jelata, sehinggakan kebanyakan tindakan baginda akan bersandarkan pada budaya ilmu, pertimbangan syumul serta amalan bermusyawarah bersama pakar-pakar dalam mana-mana satu isu yang bersabit.

Apa yang kita dapat saksikan yang telah dan sedang berlaku semenjak minggu lalu di negeri Perak amat membimbangkan sesiapapun yang mengaku mencintai agama, bangsa, negara Malaysia, kestabilan, kesejahteraan, kemajuan, keselamatan dan masa depan kita bersama.
Kejahilan terhadap peruntukan undang-undang negeri dan persekutuan, ketaksuban terhadap pihak-pihak tertentu, kehilangan pertimbangan ketika emosi terganggu, keangkuhan yang membutakan diri terhadap hak dan kuasa DYMM Paduka Seri Sultan Perak, kebiadaban sebagai anak watan negeri Perak dan warga negara Malaysia serta mudahnya golongan-golongan tertentu terpedaya dengan budaya “mob" amat memalukan.

Bak kata pepatah, ketika peristiwa sebegini berlaku, “barulah kita kenal siapa kaca siapa permata”. Malah dapat juga kita menyelami jati diri pihak-pihak tertentu yang “marahkan nyamuk, kelambu yang dibakar”.

Beta ingin menasihati dengan penuh keikhlasan dengan mengambil kira kepentingan masa depan agama, bangsa dan negara tercinta kita. Janganlah kita mudah terpedaya dengan gelagat serta tindakan yang hanya akan mencemarkan martabat kita, mengundang risiko yang tinggi terhadap kemajuan kita, serta menghakis asas-asas kedaulatan negara ini dengan sifat-sifat keji seperti biadab, derhaka, angkuh, jahil ilmu dan kemaruk kuasa.

Kegawatan ekonomi yang semakin meruncingkan di peringkat global dan serantau menuntut kita supaya memantapkan perpaduan sesama kita walaupun ada perbezaan pendirian. Jangan sehingga nasi menjadi bubur, di mana terlajak kata boleh dimaafkan, tetapi terlajak perbuatan mungkin akan mengundang bencana.

Kepada mereka yang telah berkali-kali mencabar hak, peranan serta kedudukan yang telah dijamin melalui Perlembagaan Persekutuan, termasuk peranan institusi raja-raja, maka beta ingin menasihatkan supaya rakyat menggunakan pertimbangan dari akal fikiran yang waras sebelum mengambil sebarang tindakan.

Beta terus mendoakan agar Allah SWT akan terus memelihara kita bersama dan menganugerahkan kita dengan hati yang terang, jiwa yang tenang, fikiran yang tajam, perjalanan yang mudah, tindakan yang betul, perhubungan yang harmonis serta waja diri yang unggul untuk mengemudikan negara kita secara bersama dalam mengharungi proses kemajuan seterusnya.

(DULI YANG MAHA MULIA SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH ALHAJ)SULTAN SELANGOR13 Februari 2009

Wednesday, February 11, 2009

Pemuda UMNO Kuala Kedah Buat Laporan Polis Terhadap Karpal Singh : SINAR (11/02/2009 : U4)

Tahniah diucapkan kepada Shafiq dan seluruh warga Pemuda UMNO Kuala Kedah kerana berani mengambil inisiatif ini. Pemuda UMNO perlu lebih agresif dan lantang seperti ini terutama dalam melawan tohmahan dan pelbagai dakyah daripada pembangkang.
Keep it up!

Tuesday, February 10, 2009

Monday, February 9, 2009

Krisis di Perak - Beginikah Sifat Orang Melayu ?

Baru-baru ini Biro Penerangan UMNO telah menerima satu kiriman video peristiwa yang berlaku di Perak pada hari Menteri Besar yang baru mengangkat sumpah.

Nilailah sendiri apa yang telah berlaku kepada segelintir orang Melayu yang sudah hilang maruah diri. Inikah imej Islam yang ingin ditonjolkan oleh pihak pembangkang? Tepuk dada tanya selera....


Ketua Bahagian di Program Bersama Masyarakat Cina di Simpang Empat Kuar (07/02/09)


Pada hari Sabtu (07/02/09) yang lalu , Yang Berbahagia Ketua Bahagian kita telah berkesempatan untuk berjumpa dan bermesra dengan pemimpin MCA Parlimen Kuala Kedah dalam satu Program Bersama Masyarakat Cina di Simpang Empat Kuar.
** Gambar ihsan daripada AJK Penerangan

Sunday, February 8, 2009

Program Penerangan Isu-isu Semasa di Parlimen Kuala Kedah

Pada 6 Februari yang lalu telah genaplah 2 bulan Biro Penerangan UMNO Bahagian Kuala Kedah mengambil alih tugas daripada kepimpinan yang lama. Telah banyak cabaran dan dugaan yang telah ditempuh dan dilalui.
Walaupun banyak usaha telah dijalankan untuk memperbaiki dan mengubah cara Penerangan
UMNO berfungsi di Kuala Kedah ini, namun seperti yang dijangka, penerimaannya oleh ahli dan kepimpinan bahagian agak bercampur-campur. Bagi saya, apa yang lebih penting ialah mesej yang ingin disampaikan dapat diterima oleh kumpulan sasaran.
Memang diakui jentera Biro Penerangan masih kurang memuaskan dan segala kritikan serta cadangan yang diberikan akan saya analisa dan pertimbangkan demi untuk memperbaiki tahap perkhidmatan yang diberikan.
Secara jujurnya memang lebih banyak kritikan yang saya terima berbanding pujian, tetapi itu tidak sepatutnya dijadikan alasan untuk melemahkan semangat semua ahli biro penerangan untuk terus menjalankan tugas yang telah diamanahkan oleh Yang Berbahagia Ketua Bahagian.
Saya bagi pihak Biro Penerangan ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan setinggi penghargaan kepada semua yang menyuarakan pendapat mereka dengan jujur kepada saya dan semua ahli Biro ini Kami amat gembira menerima semua ini kerana ini menunjukkan masih ramai orang yang prihatin dan sayangkan UMNO dan inginkan perubahan dilakukan.
Biro Penerangan kini memasuki fasa yang baru dalam usaha untuk menyampaikan maklumat kepada akar umbi dan memberi maklum balas kepada kepimpinan bahagian apa yang dikehendaki oleh akar umbi. Memang benar sebelum ini usaha lebih banyak ditumpukan kepada sebaran bercorak maya atau melibatkan alam siber. Ini sebenarnya khusus untuk menarik golongan muda yang banyak meninggalkan UMNO dan berpaling tadah kepada parti pembangkang.
Kini kita akan memulakan pendekatan turun padang dan berjumpa akar umbi untuk menerangkan mengenai isu-isu semasa dan menyelesaikan permasalahan yang timbul. Ia akan melibatkan usaha yang lebih agresif khususnya daripada ahli Biro itu sendiri.
Ramai orang yang telah menimbulkan isu Ketua Bahagian tidak turun berjumpa ahli , walaupun pada hakikatnya Yang Berbahagia Dato Latt tidak jemu-jemu menghadiri pelbagai majlis yang telah dianjurkan oleh cawangan dan bahagian seperti yang telah dilaporkan sebelum ini. Inilah masalah besar yang telah dikenal pasti oleh pihak Biro dan ia akan diperbaiki dengan kadar segera.
Sebagai permulaan, pihak Biro melalui cadangan yang telah dibuat oleh Yang Berbahagia Dato Latt sendiri, akan menghantar senarai aktiviti yang telah / akan dijalankan kepada Tuan Setiausaha Bahagian untuk diedarkan kepada semua ketua cawangan secara berkala.
Tuan Setiausaha juga telah pun menghantar surat kepada semua Ketua Biro untuk memaklumkan kepada beliau apa sahaja aktiviti yang dijalankan oleh mereka untuk disebarkan kepada ahli agar tiada lagi isu mengatakan tidak mendapat maklumat daripada bahagian atau tidak dipedulikan oleh kepimpinan bahagian.
Biro Penerangan juga akan bekerjasama dengan UMNO Bahagian untuk menganjurkan satu forum mengenai isu-isu semasa di Kuala Kedah khasnya dan apa yang berlaku di seluruh negara amnya (terutamanya di Perak) pada masa yang terdekat ini. Ini juga merupakan idea Yang Berbahagia Ketua Bahagian kerana mengambil kira apa yang berlaku sekarang di peringkat nasional.
Untuk permulaan, semua ketua cawangan dan ketua wanita cawangan di Parlimen Kuala Kedah akan dijemput untuk menghadiri forum tersebut. Ini akan diikuti oleh program penerangan untuk peringkat Dewan Undangan Negeri dan sebagainya. Semuanya akan dimaklumkan tidak lama lagi.

Terima Kasih Di Atas Sokongan Dan Keprihatinan Anda Semua
&
Jangan Lupa Untuk Terus Mendapatkan Maklumat Terkini Daripada Blog Ini.

Pengerusi Biro Pembangunan Insan dalam Media : SINAR 08/02/09 : U4


Friday, February 6, 2009

Mesyuarat AJK Bahagian Ditangguhkan

Untuk makluman semua, Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Bahagian UMNO Kuala Kedah yang dijadualkan berlangsung pada pukul 9.00 malam ini di Sekolah Rendah Haji Ismail Kuala Kedah telah ditangguhkan ke satu tarikh yang akan diumumkan kelak.
Penangguhan ini ada kaitannya dengan perkembangan di Perak. Segala kesulitan amatlah dikesali.
Terima kasih

Wednesday, February 4, 2009

Pengunjung ke 2020

Sebentar tadi Blog UMNO Bahagian Kuala Kedah telah menerima pengunjung yang ke 2020. Saya selaku Pengerusi Biro Penerangan ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pengunjung yang tidak jemu-jemu memberi sokongan kepada kami di sini
Teruskan sokongan anda dan semoga usaha kita bersama ini diberkati Allah hendaknya, Insya Allah. .

Ketua Bahagian & Program COMBI Dapat Perhatian Media - SINAR (4/2/09: U4)


Sunday, February 1, 2009

Lawatan Ketua Bahagian ke Kampung Tok Pasai (31/1/09)




** Lebih banyak gambar dalam facebook umno kuala kedah

Ketua Bahagian di Program COMBI di Kuala Kedah


Semalam Yang Berbahagia Dato' Latt Shariman, Ketua Bahagian UMNO Kuala Kedah telah merasmikan Program COMBI anjuran bersama Biro Pembangunan Insan UMNO Bahagian Kuala Kedah dengan Pejabat Kesihatan Daerah Kota Star.

Ia telah dihadiri lebih kurang 200 orang yang terdiri daripada penduduk di kawasan yang berhampiran dan juga ramai ahli UMNO termasuk Pergerakan Puteri UMNO Kuala Kedah.

Turut hadir memberi sokongan ialah beberapa Ahli Jawatankuasa Bahagian seperti Ketua Puteri (Puan Tanti Yusnita), Setiausaha Bahagian (Tuan Hj. Ahmad ), Yang Berbahagia Dato' Hj. Abdullah Hasnan Kamaruddin, En Zainal Alam, Tuan Hj. Zul Ahmad Tarmizi , Dr Zaki Zamani dan Dr. Wan Rushidi.

Yang Berbahagia Dato Latt juga kemudiannya telah mengambil peluang untuk melawat persekitaran Kampung Tok Pasai yang terletak berhampiran dengan Sekolah Kebangsaan Haji Ismail itu. Ramai penduduk yang ditemui cukup terkejut tetapi amat gembira dengan kehadiran Ketua Bahagian yang begitu prihatin dengan masalah yang menimpa mereka.