HUBUNGI KAMI:

UMNO Bahagian Kuala Kedah
Tingkat 3, Bangunan UMNO, Jalan Sultan Badlishah, 05000 Alor Setar, Kedah Darul Aman
Telefon: +604-7301710 Faks: +604-7301699
E-mail:
kualakedah.umno@gmail.com
ketua.penerangan.ubkk@gmail.com

Wednesday, December 16, 2009

KEJOHANAN LIGA FUTSAL PEMUDA UMNO KUALA KEDAH

ANJURAN BIRO PUTERA, PENDIDIKAN. BELIA DAN SUKAN.

TARIKH : 2 JANUARI2009
MASA : 8.30 PAGI
TEMPAT: SPORT PLANET ALOR SETAR.

HADIAH
PERTAMA RM 1,000.00
KEDUA RM 700.00
KETIGA RM 300.00
KEEMPAT CENDERAHATI.

UNTUK KETERANGAN LANJUT SILA HUBUNGI:-
SDR: RIZAL 012 4696964
SDR: KHALIL 012 4077980
.TUAN-TUAN DIJEMPUT HADIR.

Wednesday, November 25, 2009

Mesyuarat Khas Pemuda UMNO Bahagian Kuala Kedah

YBhg. Dato' Latt Shariman Abdullah, Ketua UMNO bahagian Kuala Kedah, En. Harisfadzilah (SU UMNO Bahagian), & Tuan Haji Zul Ahmad Tarmizi (Ketua Penerangan) turut hadir dalam mesyuarat khas pemuda UMNO Bahagian Kuala Kedah yang sedang dijalankan di Pejabat UMNO Bahagian (25/11/2009).

MAJLIS PENYERAHAN LEMBU KORBAN PERINGKAT UMNO BAHAGIAN KUALA KEDAH

Dimaklumkan bahawa "Majlis Penyerahan Lembu Korban Peringkat UMNO Bahagian Kuala Kedah 2009" akan disempurnakan oleh YBhg. Dato' Latt Shariman Abdullah, Ketua UMNO Bahagian Kuala Kedah seperti ketetapan di bawah:

Tarikh : 26hb November 2009 (Khamis)
Masa : 3.00 petang
Tempat : KEMAS Kuala Sungai

** Semua dijemput hadir**

NOTA : 28 ekor Lembu akan diagihkan ke seluruh Parlimen Kuala Kedah

Taklimat Pengagihan Lembu Korban peringkat UMNO Bahagian Kuala Kedah




Taklimat Pengagihan Lembu Korban peringkat UMNO Bahagian Kuala Kedah telah dikendalikan oleh Setiausaha UMNO Bahagian Kuala Kedah, Encik Harisfadzilah Bin Hussain. Pada tahun ini, UMNO Bahagian Kuala Kedah akan mengagihkan sebanyak 28 ekor lembu yang akan dikorbankan mengikut syarak.

MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN UNTUK MANGSA BANJIR OLEH YB DATO' NAZRI AZIZ DI SEK. KEB. TITI GAJAH PADA 24.11.2009

Majlis Penyampaian Sumbangan
Naib Ketua UMNO Bahagian Tn. Hj. Muthalib Harun turut hadir

SU baru turut serta

Dr. Razif Bendahari UMNO Bahagian

Tuesday, November 24, 2009

Ketua Penerangan Dalam Media (SINAR - 22.11.09 - U5)

Seminar 1Malaysia Mendapat Sambutan Hebat


Program : Seminar 1Malaysia
Anjuran : Biro Penerangan UMNO Bahagian Kuala Kedah dengan kerjasama JASA
Perasmian Penutup : YBhg. Dato' Latt Shariman Abdullah
Tarikh : 21/11/2009
Tempat : Restoran Bahtera, Keluncor, Kuala Kedah
Kehadiran : 500 orang

Monday, November 23, 2009

PEMUDA TURUN PADANG

Sumbangan Ketua Pemuda Bahagian Sempena Program Turun Padang Penyelaras Seberang Kota
Melawat Pesakit di Kampung Tok Sulaiman, Kubang Jawi

Perihatin Terhadap Keuzuran Warga Emas di Kubang Jawi


Orang Kurang Upaya Mendapat Perhatian Pemuda UMNO Bahagian Kuala Kedah




Program Tempat Kerja Bebas Dadah Sektor Agronomi Ajuran Biro Pembangunan Insan dengan Kerjasama AADK Negeri Kedah

Dato' Ketua Bahagian bergambar bersama Dr. Zaki Zamani selepas majlis perasmian.
Sesi taklimat untuk para beliawanis

Ucapan aluan dari Dr. Zaki Zamani


Gambar kenangan peserta bersama Ybhg. Dato Ketua UMNO Bahagian
Program Tempat Kerja Bebas Dadah Sektor Agronomi
Program ini telah berlangsung di Sri Gardenia Resort, Changlon bermula pada 19,20 dan 21 November 2009. Ianya melibatkan seramai 42 orang belia dan beliawanis seluruh Parlimen Kuala Kedah.
Majlis perasmiannya telah disempurnakan oleh Ybhg. Dato' Latt Shariman b. Abdullah Ketua UMNO Bahagian Kuala Kedah.
Antara Pengisian program ini ialah:-
- Ceramah HIV
- Anti dadah dari AADK
- Kuliah Maghrib dan Suboh
- Ceramah Kepimpinan Dalam Islam
- Perkongsian pengalaman oleh bekas penagih dadah
Keseluruhan program telah berjalan lancar dan berjaya mencapai sasaran.

Majlis Bersama Penyelaras Pengkalan Kundor Selatan

Ucapan Ybhg. Dato' Latt Shariman b. Abdullah
Ybhg. Dato' Ketua UMNO Bahagian beramah mesra dengan pemimpin akar umbi

Wednesday, November 18, 2009

SEMINAR 1 MALAYSIA

MAKLUMAN:
SEMINAR 1 MALAYSIA
"RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN"
ANJURAN:
UMNO BAHAGIAN KUALA KEDAH
DENGAN KERJASAMA:
JABATAN HAL EHWAL KHAS (JASA)
TARIKH : 20 NOVEMBER 2009
HARI : JUMAAT
MASA : 2.30 HINGGA 5.30 PETANG
TEMPAT :
DEWAN TERBUKA,
RESTORAN BAHTERA NELAYAN,
JALAN KELUNCUR, KUBANG ROTAN.
SEKIAN.

Saturday, November 7, 2009

Taklimat Khas/Aktiviti UMNO Bahagian Kuala Kedah

Tempat : Dewan UMNO, Tingkat 8, Bangunan Tunku Alor Setar.
Tarikh : 9 November 2009
Hari : Isnin
Masa : 3.30 ptg.

Semua Ketua dan Setiausaha Cawangan Empat Peringkat Dijemput Hadir.

KURSUS KEMAHIRAN KOMUNIKASI DAN PENGUCAPAN AWAM(WANITA)

Tarikh : 6 - 8 November 2009

Tempat : Institut Latihan Islam Malaysia - JAKIM

SEMINAR KESUKARELAWAN KEBAJIKAN MASYARAKAT 2009

Tempat : PWTC
Tarikh : 7 dan 8 November 2009

Tuesday, November 3, 2009

SELAMAT MENUNAIKAN IBADAT HAJI

KETUA UMNO BAHAGIAN KUALA KEDAH
SERTA SEMUA AHLI JAWATANKUASA
MENGUCAPKAN SELAMAT BERANGKAT KE TANAH SUCI MEKAH DAN SELAMAT KEMBALI KE TANAH AIR.
DAN TURUT MENDOAKAN KESEJAHTERAAN KEPADA SEMUA JEMAAH HAJI DAN SEMOGA MENDAPAT HAJI YANG MABRUR.

Doa Berangkat Haji
BISMILLAHHIRRAHMANNIRRAHHIM

Allahumma Ya Allah,
Segala Puji hanya milikMU Tuhan seru sekalian alam
Engkau yang Maha mencukupi dan Maha tidak perlu dicukupi oleh sekalian makhluk
Maha Kekal Engkau yang mengekalkan panggilan Ibrahim as
hingga yaumil akhir
Maha Penyambut Engkau yang senantiasa membukakan tanganMU
pada tiap kehadiran hambaMU yang menyeru labbakallah humma Labbaik
Ya Rabb
Malam ini kami bertasyakur atas keberangkatan kami
Yang karena pilihanMU hendak berangkat menemui BaitMU
Keduanya ingin menyapaMU langsung dipusaran ilahiyah berputar tawaf ka’bahMU
Keduanya berangkat dengan penuh rindu ingin melihat wajahMU
Keduanya tulus ingin bersimpuh disisi raudhoh kekasihMu, Muhammad saw
Ya Rabb,
Tiga permohonan kami ya allah
Terimalah kami sebagai tamu kehormatanMU
Hiasi perjalanan kami sebagaimana Engkau janjikan kemuliaan bagi musafir yang melangkah mendekatiMU
Mudahkan kemanapun kami melangkah sebagaimana Engkau ridhoi hamba terdekatMU menggapai singgasanaMU
Jaga seribu malaikatMU untuk kami diantara himpitan tantangan ritual mencintaiMU
Karena kehadiran kami justru ingin terbebas dari himpitan apapun dalam hidup sebelumnya
Sehingga penuh kami bersujud kepadaMU
Ya Rabb,
kami telah menjinjing dan melipat kain Ihram,
dan akan mengenakannya ketika menghadapMU
menanggalkan setiap simbol materi ketika menghadap baitMU
Melepas apa yang kebanyakan hidup ini dianggap penting
Meluluhkan apa yang menurut hidup menjadi tujuan
Semata untuk mengekspressikan kepadaMU
Perjalanan kali hanya dengan satu pamrih
Yaitu bersujud atas nikmat yang telah Engkau berikan kepadanya
Dan kepada keluarga besar ini
Melalui perjalanan ini
Kami bersyukur senantiasa berkumpul lengkap
Kami beryukur mendapat amanat anak cucu yang takzim pada orangtua
Kami bersyukur memiliki orangtua yang diusia senjanya Engkau pelihara kesehatannya
Kami bersyukur atas rezeki yang berkecukupan
Kami bersyukur atas derajat yang Engkau anugerahkan kepada orangtua kami
Kami bersyukur atas nikmat memiliki iman & Islam
Jangan KAU tanggalkan nikmat itu dari kami semua Ya Allah
Allahumma Malikul Mulk ,
tu’til munka mimman Tasya, wa tunziul munka mimman Tasya
Wa tuizzu man tasya, watuzillu man tasya
Engkaulah pemilik derajat dan kehormatan
Engkau berikan kemuliaan kepada yang Engkau pilih
Engkau pula yang mencabut kemuliaan dari yang Engkau kehendaki
Biyadikal khoir
Innaka ala kulli syaiin Qodir

AMIN YA RABBALLAALAMINN


Saturday, October 31, 2009

Gotong-royong Belia 4B di Masjid Kubang Bongor


Gotong-royong bersama Belia 4B Anak Bukit


Dato' Latt Shariman b. Abdullah bersama sebahagian dari peserta gotong-royong Belia 4B di Kg. Alor Senjaya pada 31 Oktober 2009

Tuesday, October 20, 2009

MESYUARAT JAWATANKUASA BIRO PENERANGAN

MAKLUMAN:
MESYUARAT JAWATANKUASA BIRO PENERANGAN UMNO
BAHAGIAN KUALA KEDAH
TARIKH : 21 OKTOBER 2009
HARI : RABU
MASA : 5.00 PETANG
TEMPAT : BILIK MESYUARAT, PEJABAT UMNO BAHAGIAN KUALA KEDAH

Monday, October 5, 2009

TAHNIAH KETUA PENERANGAN BARU

Urus Setia UMNO Bahagian Kuala Kedah mengambil kesempatan merakamkan penghargaan dan ucapan tahniah kepada Ketua Penerangan yang baru dilantik oleh YBhg. Dato' Latt Sharimann Abdullah, Ketua UMNO Bahagian Kuala Kedah bermula 01hb Oktober 2009.

Thursday, October 1, 2009

KETUA PENERANGAN UMNO BAHAGIAN KUALA KEDAH

Tarikh: 01hb Oktober 2009



PERLANTIKAN SEBAGAI KETUA PENERANGAN UMNO BAHAGIAN KUALA KEDAH SESSI 2008/2011



Dengan segala hormatnya saya merujuk Fasal 15.12.1.4 Perlembagaan UMNO, iaitu Ketua Bahagian berhak melantik Setiausaha, Bendahari, Ketua Penerangan dan bertanggungjawab atas kesempurnaan tugas mereka.



Sukacita dimaklumkan bahawa dengan hak yang diberikan oleh Perlembagaan UMNO, saya dengan ini melantik Tuan Haji Zul Ahmad Tarmizi Bin Hussain, No. K/P.: 650201025023, No. Ahli UMNO: 01585468 sebagai Ketua Penerangan UMNO Bahagian Kuala Kedah bagi memenuhi Fasal 15.1.5 untuk tempoh tiga tahun atau sehingga pada bila-bila masa yang dikehendaki oleh saya selaku Ketua Bahagian menurut Fasal 15.4 Perlembagaan UMNO berkuatkuasa serta merta.



Terima kasih dan wassalam



MESRA . MUAFAKAT . AMANAH









DATO’ LATT SHARIMAN BIN ABDULLAH

Ketua UMNO

Bahagian Kuala Kedah

Monday, September 28, 2009

Majlis Kesyahduan Aidilfitri 1430H



YBhg Dato' Latt Shariman Abdullah telah menghadiri majlis Kesyahduan Aidilfitri 1430H anjuran Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Telok Chengai. Beliau turut menyampaikan sumbangan hamper kepada anak-anak istimewa di situ.


Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri






Pada 26hb September 2009 (Sabtu) dari jam 10.00 pagi hingga 2.30 petang, YBhg Dato' Latt Shariman Abdullah, Ketua UMNO Bahagian Kuala Kedah serta keluarga telah mengadakan Jamuan Aidilfitri di KEMAS Parlimen Kuala Kedah, Kuala Sungai. Jamuan Aidil Fitri tersebut telah dihadiri oleh 3000 orang yang terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat dan bangsa.

Saturday, September 19, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

UMNO Bahagian Kuala Kedah mengucapkan SELAMAT HARI RAYA:
"Ramadhan Akan Pergi Bersama Hidayah Yang Allah Beri,
Sayu dan Pilu Akan perpisahan Ini,
Syawal Menjelang Membawa Barakah Bersamanya,
Maaf Dipohon Atas Salah & Silap,
UMNO Bahagian Kuala Kedah Mendoakan Kesejahteraan di Lembaran ini"

Majlis Penyampaian Zakat & Sumbangan Aidilfitri


YBhg. Dato' Latt Shariman Abdullah, Ketua UMNO Bahagian Kuala Kedah sedang
menyampaikan sumbangan zakat & sumbangan Aidilfitri kepada para penduduk dalam Parlimen Kuala Kedah pada 18hb September 2009 di KEMAS, Kuala Sungai.

Friday, September 18, 2009

Persiapan Majlis Penyampaian Zakat & Sumbangan Aidilfitri 1430H/2009M


Para petugas yang terdiri daripada AJK UMNO Bahagian, Wanita, Pemuda & Puteri sedang bertungkus lumus membungkus barangan sumbangan Aidilfitri 1430H di KEMAS, Kuala Sungai.

Wednesday, September 16, 2009

Tuesday, September 15, 2009

RUMAH TERBUKA KETUA UMNO BAHAGIAN

YBhg. Dato' Latt Shariman Abdullah, Ketua UMNO Bahagian Kuala Kedah dan Datin Norzihan Ahmad Latt, dan Latt Omar Shariman akan menganjurkan Rumah Terbuka Aidilfitri 1430H/2009M mengikut ketetapan di bawah:

Tarikh: 26hb September 2009 (Sabtu)
Masa: 10.00 pagi - 1.00 petang
Tempat: KEMAS, Kuala Sungai
SEMUA DIJEMPUT HADIR

Monday, September 14, 2009

PENGUMUMAN

Berikut adalah program yang melibatkan UMNO Bahagian Kuala Kedah:

1. Majlis Perjumpaan Pengerusi JKKKP bersama Menteri Kemajuan Luar Bandar & Wilayah
Tarikh: 17hb September 2009 (Khamis)
Masa: 3.00 petang
Tempat: Dewan, Bangunan Kerajaan Persekutuan, Anak Bukit

2. Majlis Penyampaian Zakat & Sumbangan Aidilfitri 1430H/2009M
Tarikh: 18hb September 2009 (Jumaat)
Masa: 2.30 petang
Tempat: KEMAS, Kuala Sungai

3. Majlis Berbuka Puasa Anjuran KSK DUN Kubang Rotan
Tarikh: 18hb September 2009 (Jumaat)
Masa: 7.00 malam
Tempat: Masjid Seberang Kota, Kuala Kedah

4. Majlis Rahmat Ramadhan anjuran Penyelaras UMNO Kawasan Seberang Kuala Kedah
Tarikh: 18hb September 2009 (Jumaat)
Masa: Selepas Solat Terawih
Tempat: Masjid Seberang Kota, Kuala Kedah

5. Majlis Takbir Raya
Tarikh: 19hb September 2009 (Sabtu)
Masa: 8.00 malam
Tempat: Rumah Puan Hasnah (Pengerusi JKKKP, Paremba/Kilang Tebu)

Sunday, September 13, 2009

Sahur Ramadhan

Pada Ramadhan ini, YBhg. Dato' Latt Shariman Abdullah, Ketua UMNO Bahagian Kuala Kedah telah memperkenalkan satu program itu Bersahur Bersama Penduduk sekitar Parlimen Kuala Kedah. Program sahur ini telah mendapat sambutan daripada para penduduk.

Ziarah Ramadhan




YBhg. Dato' Latt Shariman Abdullah telah menziarahi penduduk dalam Parlimen Kuala Kedah. Kawasan yang terlibat ialah sekitar DUN Anak Bukit, DUN Kubang Rotan & DUN Pengkalan Kundor. YBhg. Dato' turut menyerahkan hamper berbuka puasa kepada keluarga yang diziarahinya.

Friday, September 11, 2009

Ketua UMNO Bahagian Melawat Mangsa Kebakaran

Dato' Latt Shariman Abdullah, Ketua UMNO Bahagian Kuala Kedah telah menziarahi En. Mahmud Mohd Saad, SU UMNO Cawangan Batas Paip, Kuala Kedah iaitu mangsa kebakaran rumah di Kampung Batas Paip.

Majlis Berbuka Puasa DUN Anak Bukit

Majlis Berbuka Puasa Peringkat DUN Anak Bukit telah berlangsung di Masjid Simpang Empat Kuar pada 11hb September 2009. Majlis tersebut telah dihadiri oleh Dato' Latt Shariman Abdullah (Ketua UMNO Bahagian), Haji Muthalib Harun (Naib Ketua), Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian serta Ahli Jawatankuasa Wanita, Pemuda & Puteri Bahagian.