HUBUNGI KAMI:

UMNO Bahagian Kuala Kedah
Tingkat 3, Bangunan UMNO, Jalan Sultan Badlishah, 05000 Alor Setar, Kedah Darul Aman
Telefon: +604-7301710 Faks: +604-7301699
E-mail:
kualakedah.umno@gmail.com
ketua.penerangan.ubkk@gmail.com

Friday, June 26, 2009

Ketua Bahagian Dalam Media (SINAR - 26.06.2009 : U5 & U25)








Sepintas Lalu : YBhg Dato' Latt Ziarah Ahli UMNO

Semalam (25.06.2009) Y.Bhg Dato' Latt telah sempat menziarahi Encik Ahmad Yaacob, di Kampung Padang, Kuala Kedah.
** Gambar : Borhan Sidqi Abdullah - SUK UMNO Kuala Kedah

Perhimpunan Pemuda - Jemputan daripada Pemuda UMNO Kubang Pasu

Majlis Perhimpunan Pemuda Melayu anjuran Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kubang Pasu akan berlangsung di Kampung Padang Halban, Changloon, Kedah pada 27 Jun 2009 (Sabtu), jam 9.00 malam. Penceramah jemputan ialah YB Dato'Mukhriz Bin Tun Dr.Mahathir(Bendahari UMNO Negeri Kedah & Ahli Parlimen Jerlun) & Tn.Haji Megat Zulkarnain Bin Datuk Haji Omardin (Exco Pemuda UMNO Malaysia & Ketua Pemuda Gombak). Tuan2 semua dijemput hadir

Wednesday, June 24, 2009

Tun Mahathir Sampai Ucaptama di Mesyuarat Agong Mubarak Negeri Kedah

Makluman:

YABhg. Tun Dr Mahathir Mohamad akan menyampaikan ucaptama dan merasmikan Mesyuarat Agong Mubarak Negeri Kedah pada 28.06.2009 (Ahad) - jam 10.00 pagi di Dewan Persidangan Tingkat 8, Bangunan Tunku

UMNO Kuala Kedah Sampai Sumbangan Kepada Mangsa Ribut - SINAR (24.06.2009 - U5)



Tujuh keluarga yang menjadi mangsa ribut baru-baru ini telah menerima bantuan kecemasan khas daripada Jabatan Perdana Menteri yang telah disalurkan melalui UMNO Bahagian Kuala Kedah.
Bantuan tersebut disampaikan oleh Setiausaha UMNO Bahagian Kuala Kedah , Tuan Haji Ahmad Bin Shafiee (yang juga merupakan Penyelaras DUN Kubang Rotan) bagi mewakili Yang Berbahagia Ketua Bahagian (Dato' Latt Shariman Abdullah) .
Turut hadir di majlis tersebut ialah Penyelia DUN Pengkalan Kundur (Encik Kamaruzaman) dan Penyelia Parlimen Kuala Kedah (Tuan Syed Zainuzman).

Sunday, June 21, 2009

Pemuda UMNO Kuala Kedah Dalam Media : SINAR - 21.06.09 (U5)


Penangguhan Mesyuarat Ketua-Ketua Penerangan Cawangan

Untuk makluman :

Mesyuarat bersama ketua-ketua penerangan UMNO cawangan yang dijadualkan berlangsung pada 27.06.2009 telah ditangguhkan.
Berdasarkan maklumbalas yang diterima, banyak cawangan UMNO yang akan bermesyuarat pada tarikh tersebut. Oleh yang demikian , ia akan ditangguhkan ke tarikh yang lebih sesuai.
Pihak Biro memohon maaf diatas segala kesulitan yang mungkin timbul disebabkan penangguhan ini.

Terima kasih,

Pengerusi Biro Penerangan UMNO Kuala Kedah

Ruang Siber Untuk Biro Penerangan UMNO Negeri Kedah

Biro Penerangan UMNO Negeri Kedah kini telah mempunyai beberapa ruang siber yang boleh diakses :

  1. Blog Biro Penerangan UMNO Negeri Kedah : http://peneranganumnokedah.blogspot.com
  2. Group Facebook : http://www.facebook.com/group.php?gid=97377476665&ref=ts
  3. Windows Live : http://biropeneranganumnokedah.spaces.live.com/
  4. Facebook : Biro Penerangan UMNO Kedah

Sumber :

Biro Penerangan UMNO Negeri Kedah

Wednesday, June 17, 2009

Perjumpaan Dengan Semua Ketua Penerangan UMNO Cawangan

Selaras dengan saranan Ketua Penerangan UMNO Malaysia & Ketua Penerangan UMNO Kedah, satu perjumpaan antara semua Ketua Penerangan UMNO Cawangan dalam Bahagian UMNO Kuala Kedah akan diadakan pada hari Sabtu - 27.6.2009 (2.30 petang) di Tingkat 6, Bangunan Pejabat UMNO Bahagian Kuala Kedah. Ia juga melibatkan semua AJK Penerangan Bahagian, Pemuda, Wanita dan Puteri.
Diharap YBhg Dato'/Datin/Tuan/Puan yang berkenaan dapat hadir.
Terima Kasih.
Pengerusi Biro Penerangan UMNO Kuala Kedah

Sunday, June 14, 2009

Program Ceramah 1 Malaysia di Auditorium KFM 13.6.2009



Program tersebut telah berjalan dengan jayanya semalam (13.6.2009). Ia telah dihadiri oleh hampir 300 orang yang terdiri daripada sebahagian besar kepimpinan UMNO Bahagian Kuala Kedah daripada setiap peringkat.

Biro Penerangan bagi pihak UMNO Kuala Kedah ingin merakamkan setinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada YB Senator Mej. Jen. (B) Dato' Jamil Khir diatas kesudian YB meluangkan masa untuk datang ke Kuala Kedah bagi memberi penerangan mengenai konsep gagasan 1 Malaysia tersebut.

Tidak lupa juga kepada Jabatan Penerangan Kota Setar dan seluruh warga kerja UMNO Kuala Kedah yang telah bertungkus lumus bagi memastikan program itu menjadi satu realiti.
**Lebih banyak gambar boleh didapati di facebook umno kuala kedah dan di Windows Live -http://umnokualakedah.spaces.live.com/

Ketua Bahagian dalam Media (SINAR - 14.06.2009 - U5)


Thursday, June 11, 2009

Program Ceramah 1 Malaysia

UMNO Bahagian Kuala Kedah & Pejabat Penerangan Daerah Kota Setar akan mengadakan:

  • Program Penerangan 1 Malaysia Parlimen Kuala Kedah - Sabtu 13 Jun 2009 jam 2.30 petang di Auditorium Kedah FM
  • Penceramah : YB Senator Mejar Jeneral (B) Dato' Jamil Khir Bin Hj. Baharom - Menteri di Jabatan Perdana Menteri & Ketua Penerangan UMNO Kedah

Semua ahli dijemput hadir..

Terima kasih..

Sunday, June 7, 2009

Yang Berbahagia Dato Latt di Majlis Bersama Penyelaras Telok Kechai 06.06.2009

Semalam (06.06.2009), Yang Berbahagia Dato' Latt Shariman telah hadir ke majlis bersama ahli UMNO cawangan di bawah Penyelaras Telok Kechai yang berlangsung di Dewan UMNO Taman Bersatu. Hampir 150 orang telah hadir di majlis tersebut.

Turut hadir, Tuan Haji Muthalib (Naib Ketua Bahagian), Encik Syafiq (Ketua Pemuda Bahagian) dan ramai ahli jawatankuasa bahagian yang lain.

Lebih banyak gambar boleh diakses di http://umnokualakedah.spaces.live.com/