HUBUNGI KAMI:

UMNO Bahagian Kuala Kedah
Tingkat 3, Bangunan UMNO, Jalan Sultan Badlishah, 05000 Alor Setar, Kedah Darul Aman
Telefon: +604-7301710 Faks: +604-7301699
E-mail:
kualakedah.umno@gmail.com
ketua.penerangan.ubkk@gmail.com

Saturday, June 18, 2011

MESYUARAT PERWAKILAN UMNO BAHAGIAN KUALA KEDAH TAHUN 2011

TARIKH : 25 JUN 2011(SABTU)
MASA : 9.00 pagi sehingga selesai
TEMPAT : DEWAN SERBAGUNA FASA 2,
KOMPLEKS PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN;
BANDARA MUAZAM SHAH ANAK BUKIT
06550 ALOR SETAR

Gotong-royong 1 Malaysia bersama Masyarakat CinaSimpang 4 Kangkong

Tarikh : 17.06.11
Tempat : SJK(Cina)Yin MIN
Masda : 8.00pagi










Tuesday, February 15, 2011

Sambutan MaulidurRasul di Masjid Hidayatul Solihin, Sg. Baru Gunong

Program berzanji, marhaban dan ceramah serta bantuan untuk anak-anak yatim sempena Majlis MaulidurRasul telah berjalan dengan jayanya di Masjid Hidayatul Solihin pada 15 Februari 2011. Program berakhir kira-kira jam 1.00 tengahari. Program secara dalaman ini diusahakan oleh JKKKP Kg. Sg. Baru Gunong bersama-sama JK Masjid. Kita masih bersyukur kerana dapat meraikan MaulidurRasul walaupun ada ketikanya pihak pembangkang cuba untuk menidakkan majlis seumpama ini. Berkat perjuangan UMNO dan dakwah yang berterusan, pihak pembangkang terutamanya di Pulau Pinang dan mungkin Tuan Guru pembangkang sendiri mula kendur dan akur dengan ajaran agama dan sambutan kembali seperti biasa. Alhamdulillah sama-samalah kita panjangkan lagi satu harapan supaya umat Islam akan bersatu sesuai dengan slogan tahun ini yakni "1 MALAYSIA, 1 UMMAH"








Salam Maulidur Rasul dari Dato' Ketua UMNO Bahagian Kuala Kedah dan seluruh kepimpinan Bahagian Kuala Kedah


Rasulallah s.a.w. junjungan besar ikutan sepanjang zaman.
"1 Malaysia 1 Ummah"

Saturday, February 12, 2011

Skuad Sayang Wanita UMNO Bahagian Kuala Kedah

Skuad Sayang Wanita UMNO Bahagian Kuala Kedah bersama Biro Bina Insan di Kg. Sg. Papan DUN Pengkalan Kundur. Bertarikh 12 Februari 2011. Antara aktiviti yang dijalankan ialah pemeriksaan kesihatan, mengukuhkan hubungan antara Wanita UMNO dengan pemimpin dan penduduk setempat, sumbangan sagu hati, khidmat nasihat, bertukar-tukar fikiran dan menangkis segala tohmahan yang dilemparkan kepada UMNO mahupun kepimpinan bahagian.






Kenduri di rumah Ybhg. Dato' Halim


Ybhg. Dato' Latt Shariman selaku ketua UMNO Bahagian turut
meluangkan masa meraikan majlis kenduri kahwin
di rumah sahabat karib Ybhg. Dato' Halim

Friday, February 11, 2011

Tazkirah Jumaat

1. Kemanisan iman akan didapati melalui:
a) Menunaikan amalan fardhu dengan sempurna,
b) Bila dapat menjauhi larangan Allah
c) Bila mentaati amal maaruf dan dapat ganjaran daripada Allah,
d)Bila dapat mencegah kemungkaran


2. Empat perkara pada zahirnya ada kelebihan tetapi ada kebatilan disebaliknya:
a) Berdamping dengan orang baik-baik dan soleh tetapi jika tidak mengambil contoh
atau pengajaran daripada mereka, kebatilan
b) Bacaan Al-Quran merupakan amalan yang amat baik tetapi jika tidak beramal
dengan Al-Quran ia menjadi satu kebatilan

Kenduri di Taman Kuala Kedah

Pemimpin berjiwa rakyat. Dalam kesibukan menjalankan tugas sebagai Pegawai Tugas-tugas Khas Pejabat Perdana Menteri merangkap Ketua UMNO Bahagian Kuala Kedah Ybhg. Dato' ketua masih mampu menghadiri majlis kenduri di merata tempat sekitar Parlimen Kuala Kedah.