HUBUNGI KAMI:

UMNO Bahagian Kuala Kedah
Tingkat 3, Bangunan UMNO, Jalan Sultan Badlishah, 05000 Alor Setar, Kedah Darul Aman
Telefon: +604-7301710 Faks: +604-7301699
E-mail:
kualakedah.umno@gmail.com
ketua.penerangan.ubkk@gmail.com

Tuesday, February 15, 2011

Sambutan MaulidurRasul di Masjid Hidayatul Solihin, Sg. Baru Gunong

Program berzanji, marhaban dan ceramah serta bantuan untuk anak-anak yatim sempena Majlis MaulidurRasul telah berjalan dengan jayanya di Masjid Hidayatul Solihin pada 15 Februari 2011. Program berakhir kira-kira jam 1.00 tengahari. Program secara dalaman ini diusahakan oleh JKKKP Kg. Sg. Baru Gunong bersama-sama JK Masjid. Kita masih bersyukur kerana dapat meraikan MaulidurRasul walaupun ada ketikanya pihak pembangkang cuba untuk menidakkan majlis seumpama ini. Berkat perjuangan UMNO dan dakwah yang berterusan, pihak pembangkang terutamanya di Pulau Pinang dan mungkin Tuan Guru pembangkang sendiri mula kendur dan akur dengan ajaran agama dan sambutan kembali seperti biasa. Alhamdulillah sama-samalah kita panjangkan lagi satu harapan supaya umat Islam akan bersatu sesuai dengan slogan tahun ini yakni "1 MALAYSIA, 1 UMMAH"