HUBUNGI KAMI:

UMNO Bahagian Kuala Kedah
Tingkat 3, Bangunan UMNO, Jalan Sultan Badlishah, 05000 Alor Setar, Kedah Darul Aman
Telefon: +604-7301710 Faks: +604-7301699
E-mail:
kualakedah.umno@gmail.com
ketua.penerangan.ubkk@gmail.com

Thursday, April 30, 2009

Mesyuarat Khas AJK UMNO Bahagian Kuala Kedah 29.4.2009

Semalam telah berlangsung satu Mesyuarat Khas UMNO Bahagian Kuala Kedah di Pejabat UMNO Bahagian dan dipengerusikan oleh Yang Berbahagia Dato' Latt Shariman sendiri. Ia dihadiri oleh hampir semua AJK Bahagian. Antara perkara penting yang diputuskan dalam mesyuarat tersebut ialah:
  1. Perasmian serentak mesyuarat bagi setiap sayap tahun ini akan diadakan pada 9.5.2009 (bermula 2.30 petang) di tingkat 8, Bangunan Tunku
  2. Mesyuarat cawangan perlu diadakan antara 15.5.2009 - 25.6.2009
  3. Semua AJK Bahagian telah diberi tugas sebagai wakil bahagian bagi sekurang-kurangya 5-6 cawangan seorang kecuali Ketua , Timbalan dan Naib Ketua Bahagian.
  4. Senarai ahli yang layak untuk hadir mesyuarat dan surat rasmi akan dikeluarkan oleh Tuan Setiausaha Bahagian dalam masa yang terdekat.
Gambar : Borhan Sidqi Abdullah (SUK UMNO Bahagian Kuala Kedah)

Monday, April 27, 2009

Ketua Bahagian Dalam Media : SINAR : 27.4.2009 (U3, U4, U6)

Gambar Aktiviti Ketua Bahagian 25.4.2009 - 26.4.2009

Yang Berbahagia Dato Latt Menyampaikan Bantuan Membaiki Rumah Kepada Penduduk di Sungai Baru - DUN Anak Bukit (26.4.2009)

Yang Berbahagia Dato Latt di Majlis Anugerah Cemerlang UPSR Parlimen Kuala Kedah di Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abdul Aziz (25.4.2009)
Gambar2 oleh Borhan Sidqi Abdullah (SUK UMNO Bahagian Kuala Kedah)

Sunday, April 26, 2009

Sepintas Lalu : Dato' Latt Rasmi Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Penjaja & Peniaga Kecil

Yang Berbahagia Ketua Bahagian, Dato' Latt hari ini (26.04.2009) telah merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Penjaja & Peniaga Kecil Kampung Baharu & Seberang Kota.

Gambar - Borhan Sidqi Abdullah (SUK UMNO Bahagian Kuala Kedah)

Ketua Bahagian - Karnival Pendidikan & Kerjaya Dapat Perhatian Media

Berita Harian 26.4.2009 (39)`

SINAR 26.4.2009 (U4)

Thursday, April 23, 2009

Majlis Anugerah Cemerlang UPSR 2008 Parlimen Kuala Kedah

Majlis ini dijadualkan berlangsung pada:
  • Tarikh & Masa : 25.4.2009 (SABTU) - 2 petang
  • Tempat : SMK Tunku Abdul Aziz, Simpang Empat
  • Anjuran : Biro Pelajaran UMNO Bahagian Kuala Kedah

Perasmian akan dilakukan oleh Yang Berbahagia Dato' Latt Shariman Abdullah (Ketua Bahagian UMNO Kuala Kedah) pada pukul 2.30 petang.

Saturday, April 18, 2009

Yang Berbahagia Dato' Latt Ziarah Ahli UMNO Yang Sakit

Ketua Bahagian kita, Yang Berbahagia Dato Latt Shariman baru-baru ini sempat meluangkan masa untuk melawat salah seorang ahli UMNO yang sedang sakit di Sungai Baru, Gunung.

Tuesday, April 14, 2009

AJK Bahagian UMNO Dirawat di Hospital

UMNO Bahagian Kuala Kedah telah dimaklumkan bahawa dua orang AJK Bahagian telah dimasukkan ke wad untuk rawatan semalam.
  1. Encik Wan Ismail (Pengerusi Tetap) telah dimasukkan ke Kedah Medical Centre
  2. Tuan Haji Abdul Manan (AJK) telah dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah

Seluruh warga UMNO Kuala Kedah berdoa agar kedua mereka akan segera sembuh daripada penyakit dan dapat kembali semula ke pangkuan keluarga tersayang.

Friday, April 10, 2009

UMNO Bahagian Kuala Kedah Beri Sumbangan Kepada Mangsa Banjir


Pada 10.4.2009, UMNO Bahagian Kuala Kedah telah memberi sumbangan khas kepada semua 7 keluarga mangsa banjir di penempatan sementara Sekolah Kebangsaan Titi Gajah.
UMNO Bahagian Kuala Kedah telah diwakili oleh Dr Razif Abdul Razak, Bendahari UMNO Bahagian kerana Yang Berbahagia Ketua Bahagian, Dato' Latt Shariman berada di salah sebuah hospital di Kuala Lumpur untuk menjalani pembedahan mata.
Turut hadir ialah Pegawai Khas Yang Berbahagia Dato' Khalid Nordin (Dr Heazar Ismail) bagi mewakili Dato' Khalid yang turut menghulurkan sumbangan
Semua keluarga yang ditemui telah melahirkan perasaan terharu di atas keprihatinan UMNO yang telah memberi sumbangan bagi meringankan beban mereka yang telah dilanda musibah tersebut.

Doa Untuk Ketua Bahagian

UMNO Bahagian Kuala Kedah telah dimaklumkan bahawa Yang Berbahagia Dato Latt Shariman akan menjalani satu pembedahan mata di salah sebuah hospital di Kuala Lumpur pada hari esok Sabtu (11.4.2009).
Seluruh warga UMNO di Kuala Kedah ini berdoa agar Yang Berbahagia Dato' selamat menjalani pembedahan tersebut dan akan segera sembuh, Insya Allah.

Thursday, April 9, 2009

Banjir di Alor Senjaya - DUN Anak Bukit

Biro Penerangan telah dimaklumkan bahawa kawasan Alor Senjaya di DUN Anak Bukit telah dilanda banjir.

Maklumat terkini : 7 keluarga - 37 orang telah dipindahkan ke Sekolah Kebangsaan Titi Gajah.

Dimaklumkan juga bahawa UMNO Bahagian Kuala Kedah telah pun menghantar bantuan kecemasan dengan serta merta pada petang tadi.

Monday, April 6, 2009

Undilah Dengan Bijak Wahai Rakyat Malaysia - Undilah Barisan Nasional !



Ruangan Baru - Berbual Bersama UMNO Kuala Kedah

Hari ini Blog ini telah mengadakan satu pembaharuan dengan mewujudkan ruangan 'chatting' / Berbual bersama UMNO Kuala Kedah.

Kami berharap agar para pengunjung blog dapat menggunakan ruangan ini dengan sebaik-baiknya. Kata-kata yang tidak menggambarkan ciri kita sebagai orang Islam & orang Malaysia atau menyentuh isu-isu yang sensitif haruslah dihindari.

Kerjasama daripada pihak tuan/puan amatlah dihargai dan disanjung tinggi.

Terima kasih dan Wassalam.

Biro Penerangan UMNO Kuala Kedah

Program Ceramah di Bilik Gerakan Peti Undi Taman Ria Sungai Petani

Semalam telah berlangsung satu program ceramah di Bilik Gerakan Peti Undi Taman Ria, Sungai Petani. Ia telah disampaikan oleh Tuan Haji Muthalib Harun, Naib Ketua UMNO Bahagian Kuala Kedah.
Turut hadir ke majlis tersebut ialah Tuan Haji Ahmad Shafiee (Setiausaha UMNO Bahagian Kuala Kedah) dan beberapa orang ahli jawatankuasa termasuk Penghulu Zakaria, Cikgu Nordin dan Dr Wan. Ahli-ahli UMNO Bahagian Kuala Kedah juga ramai yang turut hadir memberi sokongan kepada UMNO cawangan tersebut.

Ucapan Takziah di atas Kematian Ketua Cawangan Kampung Tepi Laut

Seluruh warga UMNO Bahagian Kuala Kedah ingin merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Encik Omar Bin Yahya, Ketua Cawangan Kampung Tepi Laut, Kuala Kedah yang telah meninggal dunia pada hari ini.
Marilah sama-sama kita menghadiahkan Al-Fatihah dan mendoakan agar roh beliau ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.

Saturday, April 4, 2009

Tun Dr Mahathir Kembali Kepada UMNO

ALHAMDULILLAH . SEMOGA UMNO AKAN MENJADI LEBIH KUKUH SEKARANG. TAHNIAH DATO' SERI NAJIB KERANA TELAH BERJAYA MEMBAWA TUN KEMBALI KEPADA UMNO. SATU PENCAPAIAN YANG AMAT HEBAT!

Lagu UMNO

Poster Promosi Program di Peti Undi UMNO Taman Ria Selatan


Yang Berbahagia Dato' Latt & Datin Turun Membantu Jentera BN di Taman Ria , Sungai Petani


Hari ini, Yang Berbahagia Dato Latt Shariman & Datin telah bersama-sama turun padang untuk membantu calon Barisan Nasional di kawasan Peti Undi Taman Ria Selatan, Sungai Petani.
Ini jelas membuktikan komitmen yang cukup tinggi daripada Ketua Bahagian UMNO Kuala Kedah itu dalam menggerakkan jentera BN di kawasan tersebut. Semoga ia menjadi contoh dan teladan kepada semua ahli untuk terus bekerja kuat demi memastikan kemenangan BN di DUN Bukit Selambau.
Tahniah & terima kasih Dato' & Datin!

* Gambar ihsan daripada Borhan Sidqi - AJK Penerangan UMNO Bahagian Kuala Kedah.

Kebakaran di Sekolah Kebangsaan Telok Kechai




Pada 3.4.09 (lebih kurang antara pukul 7 - 8 malam) telah berlaku satu kebakaran kecil di Sekolah Kebangsaan Telok Kechai. Maklumat awal mengatakan kemungkinan punca kebakaran ialah disebabkan oleh litar pintas.
Tiada kemalangan jiwa yang berlaku dan pihak Bomba telah dapat mengawal kebakaran dengan cepat dan pantas.
UMNO Bahagian Kuala Kedah telah bersama-sama turut hadir membantu memberi sokongan kepada pihak sekolah.


Friday, April 3, 2009

Program Sukan Rakyat di Bilik Gerakan Peti Undi Taman Ria


Pada 1/4/2009 telah berlangsung satu program Sukan Rakyat yang di kawasan bilik Gerakan Mengundi Taman Ria, Sungai Petani.

Program tersebut telah dihadiri oleh Yang Berbahagia Ketua Bahagian Kuala Kedah, Dato' Latt Shariman dan telah diserikan lagi dengan kehadiran Menteri Belia & Sukan , Yang Berhormat Dato' Seri Ismail Sabri Yaacob pada malam tersebut.

Tahniah kepada semua yang terlibat menjayakan program tersebut...
(Gambar ihsan daripada Borhan Sidqi Abdullah)

Risalah Semasa Perhimpunan Agong UMNO


Ini merupakan risalah yang telah diberikan kepada semua ahli UMNO Bahagian Kuala Kedah semasa Perhimpunan Agong UMNO baru-baru ini.
Ia telah disediakan oleh Encik Borhan Sidqi Abdullah, AJK Biro Penerangan merangkap Setiausaha Kerja UMNO Bahagian.
Tahniah dan terima kasih Borhan!

Tahniah kepada Dato' Seri Najib - PM Malaysia ke 6


SEMOGA SEMUA USAHA & PENGORBANAN YANG AMAT BERHORMAT DATO' SERI NAJIB AKAN SENTIASA MENDAPAT KEBERKATAN DAN PERTOLOGAN DARIPADA ALLAH, TUHAN YANG MAHA ESA.