HUBUNGI KAMI:

UMNO Bahagian Kuala Kedah
Tingkat 3, Bangunan UMNO, Jalan Sultan Badlishah, 05000 Alor Setar, Kedah Darul Aman
Telefon: +604-7301710 Faks: +604-7301699
E-mail:
kualakedah.umno@gmail.com
ketua.penerangan.ubkk@gmail.com

Friday, April 10, 2009

UMNO Bahagian Kuala Kedah Beri Sumbangan Kepada Mangsa Banjir


Pada 10.4.2009, UMNO Bahagian Kuala Kedah telah memberi sumbangan khas kepada semua 7 keluarga mangsa banjir di penempatan sementara Sekolah Kebangsaan Titi Gajah.
UMNO Bahagian Kuala Kedah telah diwakili oleh Dr Razif Abdul Razak, Bendahari UMNO Bahagian kerana Yang Berbahagia Ketua Bahagian, Dato' Latt Shariman berada di salah sebuah hospital di Kuala Lumpur untuk menjalani pembedahan mata.
Turut hadir ialah Pegawai Khas Yang Berbahagia Dato' Khalid Nordin (Dr Heazar Ismail) bagi mewakili Dato' Khalid yang turut menghulurkan sumbangan
Semua keluarga yang ditemui telah melahirkan perasaan terharu di atas keprihatinan UMNO yang telah memberi sumbangan bagi meringankan beban mereka yang telah dilanda musibah tersebut.