- Perasmian serentak mesyuarat bagi setiap sayap tahun ini akan diadakan pada 9.5.2009 (bermula 2.30 petang) di tingkat 8, Bangunan Tunku
- Mesyuarat cawangan perlu diadakan antara 15.5.2009 - 25.6.2009
- Semua AJK Bahagian telah diberi tugas sebagai wakil bahagian bagi sekurang-kurangya 5-6 cawangan seorang kecuali Ketua , Timbalan dan Naib Ketua Bahagian.
- Senarai ahli yang layak untuk hadir mesyuarat dan surat rasmi akan dikeluarkan oleh Tuan Setiausaha Bahagian dalam masa yang terdekat.
Thursday, April 30, 2009
Mesyuarat Khas AJK UMNO Bahagian Kuala Kedah 29.4.2009
Wednesday, April 29, 2009
Monday, April 27, 2009
Gambar Aktiviti Ketua Bahagian 25.4.2009 - 26.4.2009





Gambar2 oleh Borhan Sidqi Abdullah (SUK UMNO Bahagian Kuala Kedah)
Sunday, April 26, 2009
Saturday, April 25, 2009
Friday, April 24, 2009
Thursday, April 23, 2009
Majlis Anugerah Cemerlang UPSR 2008 Parlimen Kuala Kedah
Majlis ini dijadualkan berlangsung pada:
- Tarikh & Masa : 25.4.2009 (SABTU) - 2 petang
- Tempat : SMK Tunku Abdul Aziz, Simpang Empat
- Anjuran : Biro Pelajaran UMNO Bahagian Kuala Kedah
Perasmian akan dilakukan oleh Yang Berbahagia Dato' Latt Shariman Abdullah (Ketua Bahagian UMNO Kuala Kedah) pada pukul 2.30 petang.
Tuesday, April 21, 2009
Saturday, April 18, 2009
Yang Berbahagia Dato' Latt Ziarah Ahli UMNO Yang Sakit
Tuesday, April 14, 2009
AJK Bahagian UMNO Dirawat di Hospital
UMNO Bahagian Kuala Kedah telah dimaklumkan bahawa dua orang AJK Bahagian telah dimasukkan ke wad untuk rawatan semalam.
- Encik Wan Ismail (Pengerusi Tetap) telah dimasukkan ke Kedah Medical Centre
- Tuan Haji Abdul Manan (AJK) telah dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah
Seluruh warga UMNO Kuala Kedah berdoa agar kedua mereka akan segera sembuh daripada penyakit dan dapat kembali semula ke pangkuan keluarga tersayang.
Monday, April 13, 2009
Saturday, April 11, 2009
Friday, April 10, 2009
UMNO Bahagian Kuala Kedah Beri Sumbangan Kepada Mangsa Banjir
Pada 10.4.2009, UMNO Bahagian Kuala Kedah telah memberi sumbangan khas kepada semua 7 keluarga mangsa banjir di penempatan sementara Sekolah Kebangsaan Titi Gajah.
UMNO Bahagian Kuala Kedah telah diwakili oleh Dr Razif Abdul Razak, Bendahari UMNO Bahagian kerana Yang Berbahagia Ketua Bahagian, Dato' Latt Shariman berada di salah sebuah hospital di Kuala Lumpur untuk menjalani pembedahan mata.
Turut hadir ialah Pegawai Khas Yang Berbahagia Dato' Khalid Nordin (Dr Heazar Ismail) bagi mewakili Dato' Khalid yang turut menghulurkan sumbangan
Semua keluarga yang ditemui telah melahirkan perasaan terharu di atas keprihatinan UMNO yang telah memberi sumbangan bagi meringankan beban mereka yang telah dilanda musibah tersebut.
Doa Untuk Ketua Bahagian
UMNO Bahagian Kuala Kedah telah dimaklumkan bahawa Yang Berbahagia Dato Latt Shariman akan menjalani satu pembedahan mata di salah sebuah hospital di Kuala Lumpur pada hari esok Sabtu (11.4.2009).
Seluruh warga UMNO di Kuala Kedah ini berdoa agar Yang Berbahagia Dato' selamat menjalani pembedahan tersebut dan akan segera sembuh, Insya Allah.
Seluruh warga UMNO di Kuala Kedah ini berdoa agar Yang Berbahagia Dato' selamat menjalani pembedahan tersebut dan akan segera sembuh, Insya Allah.
Thursday, April 9, 2009
Banjir di Alor Senjaya - DUN Anak Bukit
Biro Penerangan telah dimaklumkan bahawa kawasan Alor Senjaya di DUN Anak Bukit telah dilanda banjir.
Maklumat terkini : 7 keluarga - 37 orang telah dipindahkan ke Sekolah Kebangsaan Titi Gajah.
Dimaklumkan juga bahawa UMNO Bahagian Kuala Kedah telah pun menghantar bantuan kecemasan dengan serta merta pada petang tadi.
Maklumat terkini : 7 keluarga - 37 orang telah dipindahkan ke Sekolah Kebangsaan Titi Gajah.
Dimaklumkan juga bahawa UMNO Bahagian Kuala Kedah telah pun menghantar bantuan kecemasan dengan serta merta pada petang tadi.
Monday, April 6, 2009
Ruangan Baru - Berbual Bersama UMNO Kuala Kedah
Hari ini Blog ini telah mengadakan satu pembaharuan dengan mewujudkan ruangan 'chatting' / Berbual bersama UMNO Kuala Kedah.
Kami berharap agar para pengunjung blog dapat menggunakan ruangan ini dengan sebaik-baiknya. Kata-kata yang tidak menggambarkan ciri kita sebagai orang Islam & orang Malaysia atau menyentuh isu-isu yang sensitif haruslah dihindari.
Kerjasama daripada pihak tuan/puan amatlah dihargai dan disanjung tinggi.
Terima kasih dan Wassalam.
Biro Penerangan UMNO Kuala Kedah
Kami berharap agar para pengunjung blog dapat menggunakan ruangan ini dengan sebaik-baiknya. Kata-kata yang tidak menggambarkan ciri kita sebagai orang Islam & orang Malaysia atau menyentuh isu-isu yang sensitif haruslah dihindari.
Kerjasama daripada pihak tuan/puan amatlah dihargai dan disanjung tinggi.
Terima kasih dan Wassalam.
Biro Penerangan UMNO Kuala Kedah
Program Ceramah di Bilik Gerakan Peti Undi Taman Ria Sungai Petani
Turut hadir ke majlis tersebut ialah Tuan Haji Ahmad Shafiee (Setiausaha UMNO Bahagian Kuala Kedah) dan beberapa orang ahli jawatankuasa termasuk Penghulu Zakaria, Cikgu Nordin dan Dr Wan. Ahli-ahli UMNO Bahagian Kuala Kedah juga ramai yang turut hadir memberi sokongan kepada UMNO cawangan tersebut.
Ucapan Takziah di atas Kematian Ketua Cawangan Kampung Tepi Laut
Seluruh warga UMNO Bahagian Kuala Kedah ingin merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Encik Omar Bin Yahya, Ketua Cawangan Kampung Tepi Laut, Kuala Kedah yang telah meninggal dunia pada hari ini.
Marilah sama-sama kita menghadiahkan Al-Fatihah dan mendoakan agar roh beliau ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.
Marilah sama-sama kita menghadiahkan Al-Fatihah dan mendoakan agar roh beliau ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.
Saturday, April 4, 2009
Yang Berbahagia Dato' Latt & Datin Turun Membantu Jentera BN di Taman Ria , Sungai Petani






Ini jelas membuktikan komitmen yang cukup tinggi daripada Ketua Bahagian UMNO Kuala Kedah itu dalam menggerakkan jentera BN di kawasan tersebut. Semoga ia menjadi contoh dan teladan kepada semua ahli untuk terus bekerja kuat demi memastikan kemenangan BN di DUN Bukit Selambau.
Tahniah & terima kasih Dato' & Datin!
* Gambar ihsan daripada Borhan Sidqi - AJK Penerangan UMNO Bahagian Kuala Kedah.
Kebakaran di Sekolah Kebangsaan Telok Kechai
Pada 3.4.09 (lebih kurang antara pukul 7 - 8 malam) telah berlaku satu kebakaran kecil di Sekolah Kebangsaan Telok Kechai. Maklumat awal mengatakan kemungkinan punca kebakaran ialah disebabkan oleh litar pintas.
Tiada kemalangan jiwa yang berlaku dan pihak Bomba telah dapat mengawal kebakaran dengan cepat dan pantas.
UMNO Bahagian Kuala Kedah telah bersama-sama turut hadir membantu memberi sokongan kepada pihak sekolah.
Friday, April 3, 2009
Program Sukan Rakyat di Bilik Gerakan Peti Undi Taman Ria



Program tersebut telah dihadiri oleh Yang Berbahagia Ketua Bahagian Kuala Kedah, Dato' Latt Shariman dan telah diserikan lagi dengan kehadiran Menteri Belia & Sukan , Yang Berhormat Dato' Seri Ismail Sabri Yaacob pada malam tersebut.
Tahniah kepada semua yang terlibat menjayakan program tersebut...
(Gambar ihsan daripada Borhan Sidqi Abdullah)
Subscribe to:
Posts (Atom)