HUBUNGI KAMI:

UMNO Bahagian Kuala Kedah
Tingkat 3, Bangunan UMNO, Jalan Sultan Badlishah, 05000 Alor Setar, Kedah Darul Aman
Telefon: +604-7301710 Faks: +604-7301699
E-mail:
kualakedah.umno@gmail.com
ketua.penerangan.ubkk@gmail.com

Saturday, March 7, 2009

Program Penghayatan Rukun Negara & Penerangan Isu-isu Semasa Peringkat Parlimen Kuala Kedah







Program ini telah berlangsung pada hari ini seperti yang dijadualkan. Berikut merupakan atur cara yang dijalankan

  1. Tayangan multimedia mengenai aktiviti yang telah dijalankan oleh Yang Berbahagia Dato' Latt sejak memegang jawatan Ketua Bahagian.
  2. Bacaan doa oleh Penghulu Zakaria (Pengerusi Biro Dakwah)
  3. Nyanyian lagu Negaraku
  4. Ketua Pemuda , Encik Shafiq membaca ikrar Rukun Negara.
  5. Ucapan aluan oleh Timbalan Pengarah Penerangan Negeri Kedah
  6. Ceramah Penghayatan Rukun Negara oleh Yang Berbahagia Dato' Nasir Safar, Pegawai Penerangan Timbalan Perdana Menteri
  7. Ucapan Perasmian Penutup oleh Tuan Haji Ahmad Shafiee, Setiausaha UMNO Bahagian Kuala Kedah

Ceramah yang diberikan cukup hebat dan telah mendapat pujian daripada semua ahli yang hadir pada hari tersebut. Terima kasih dan tahniah kepada Yang Berbahagia Ketua Bahagian kerana telah berjaya mendapatkan penceramah yang amat berkaliber seperti Dato' Nasir ini untuk datang ke Kuala Kedah.

Walaupun Yang Berbahagia Dato' Latt sendiri tidak dapat hadir pada hari ini kerana terpaksa menghadiri Mesyuarat Perhubungan UMNO Negeri Kedah yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri di Kuala Lumpur, namun beliau telah memberi semangat dan dorongan supaya program ini diteruskan demi kebaikan ahli UMNO di Kuala Kedah. Salam Yang Berbahagia Dato' telah disampaikan oleh Tuan Haji Ahmad Shafiee dalam ucapan perasmian penutup kepada semua ahli yang hadir pada majlis tersebut.

Biro Penerangan ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan setinggi penghargaan kepada Yang Berbahagia Ketua Bahagian, Yang Berbahagia Dato' Nasir Safar, Tuan Haji Ahmad Shafiee dan semua yang terlibat menjayakan program ini. Semoga majlis tersebut telah berjaya memberi suntikan semangat untuk terus berjuang demi agama, bangsa dan negara.