Monday, March 30, 2009
Kempen Pilihan Raya Bukit Selambau Bermula - Mesyuarat di Cawangan Angkat UMNO Kuala Kedah - Taman Ria, Sungai Petani
Saturday, March 28, 2009
Friday, March 27, 2009
Thursday, March 26, 2009
Ketua Pemuda: Encik Shafiqurrahman Hj. Shamsudin Menang Jawatan Exco Pemuda
Biro Penerangan ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada Shafiq dan semua ahli yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam membantu beliau untuk pemilihan tersebut. Mereka telah bekerja keras siang dan malam bagi memastikan kemenangan ini.
Tahniah & Selamat Berkhidmat untuk Agama, Bangsa & Negara. Mungkin Shafiq boleh bertanding jawatan yang lebih tinggi lagi di tahun 2011!!
Saturday, March 21, 2009
Gambar Wakil Pemuda UMNO Kuala Kedah di Kursus BTN Anjuran UMNO Negeri Kedah di Kulim
Friday, March 20, 2009
Thursday, March 19, 2009
Majlis Doa Selamat & Solat Hajat Untuk Ketua Pemuda (19.03.2009)
Wednesday, March 18, 2009
Program Maulidur Rasul Dapat Perhatian Media (SINAR - 18.3.2009 : U6)






Monday, March 16, 2009
Isteri Yang Berbahagia Ketua Bahagian Rasmi Mesyuarat Agong PIBG Sekolah Kebangsaan Kangkong - (SINAR : 16.03.2009 - U6)
Sunday, March 15, 2009
Mesyuarat AJK UMNO Bahagian Kuala Kedah

Saturday, March 14, 2009
Program Maulidur Rasul di Kuala Kedah Dapat Sambutan Hangat
Friday, March 13, 2009
Pengakap Kelana Laut Dalam Media (SINAR - 13.3.3009 : U6)
Thursday, March 12, 2009
Video Ceramah Penghayatan Rukun Negara
Sesiapa yang berminat untuk mendapatkan video ini, bolehlah menghubungi pihak Biro Penerangan UMNO. Sekiranya kewangan mengizinkan, ia boleh diedarkan kepada semua cawangan UMNO di Parlimen Kuala Kedah .
Sesiapa yang mempunyai kepakaran untuk membuat salinan video atau membuat penyuntingan video yang telah dirakamkan, diharap dapat membantu kami di sini. Kerjasama dan sumbangan pihak tuan/puan amatlah dihargai dan disanjung tinggi.
Terima kasih.
Wednesday, March 11, 2009
Satu Lagi Program Maulidur Rasul
Semua dijemput hadir
(Mesej diterima daripada AJK Bahagian - Puan Zuraini Kamal)
Tuesday, March 10, 2009
Program Sempena Maulidur Rasul 2009
Anjuran KEMAS Parlimen Kuala Kedah
- DUN Anak Bukit : (10/3/2009) - 8 pagi : TABIKA KEMAS Taman Sayang
- DUN Pengkalan Kundur (11/3/2009) - 8 pagi : TABIKA KEMAS Kampung Pisang
- DUN Kubang Rotan (12/3/2009) - 8 pagi : Dewan Kampung Kubang Jawi.
Anjuran Puteri UMNO
- Surau Kampung Hujung Mergong (13/3/2009) - 8.00 malam
Anjuran Biro Dakwah UMNO Bahagian Kuala Kedah
- Masjid Tunku Abdul Rahman Putra Kuala Kedah - berarak hingga ke Sekolah Haji Ismail Kuala Kedah (14/3/2009 : 8.30 pagi)
Anjuran Penyelaras UMNO Kawasan Kubang Rotan
- Kenduri - Surau Haji Yahya@ Lee Bin Hamid , Kampung Lemping , Kubang Rotan (19/3/2009 : Jamuan - 11 pagi hingga 4 petang)
Monday, March 9, 2009
Kebakaran di Kubang Siam

UMNO Bahagian Kuala Kedah ingin merakamkan ucapan takziah kepada keluarga yang terlibat. Biro Kebajikan UMNO Kuala Kedah yang diketua oleh Dr Razif Abdul Razak telah pun ke tempat kejadian pada pagi tadi bagi memberi bantuan.
Peringatan Kepada Orang Melayu Kuala Kedah
Saturday, March 7, 2009
Program Penghayatan Rukun Negara & Penerangan Isu-isu Semasa Peringkat Parlimen Kuala Kedah
Program ini telah berlangsung pada hari ini seperti yang dijadualkan. Berikut merupakan atur cara yang dijalankan
- Tayangan multimedia mengenai aktiviti yang telah dijalankan oleh Yang Berbahagia Dato' Latt sejak memegang jawatan Ketua Bahagian.
- Bacaan doa oleh Penghulu Zakaria (Pengerusi Biro Dakwah)
- Nyanyian lagu Negaraku
- Ketua Pemuda , Encik Shafiq membaca ikrar Rukun Negara.
- Ucapan aluan oleh Timbalan Pengarah Penerangan Negeri Kedah
- Ceramah Penghayatan Rukun Negara oleh Yang Berbahagia Dato' Nasir Safar, Pegawai Penerangan Timbalan Perdana Menteri
- Ucapan Perasmian Penutup oleh Tuan Haji Ahmad Shafiee, Setiausaha UMNO Bahagian Kuala Kedah
Ceramah yang diberikan cukup hebat dan telah mendapat pujian daripada semua ahli yang hadir pada hari tersebut. Terima kasih dan tahniah kepada Yang Berbahagia Ketua Bahagian kerana telah berjaya mendapatkan penceramah yang amat berkaliber seperti Dato' Nasir ini untuk datang ke Kuala Kedah.
Walaupun Yang Berbahagia Dato' Latt sendiri tidak dapat hadir pada hari ini kerana terpaksa menghadiri Mesyuarat Perhubungan UMNO Negeri Kedah yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri di Kuala Lumpur, namun beliau telah memberi semangat dan dorongan supaya program ini diteruskan demi kebaikan ahli UMNO di Kuala Kedah. Salam Yang Berbahagia Dato' telah disampaikan oleh Tuan Haji Ahmad Shafiee dalam ucapan perasmian penutup kepada semua ahli yang hadir pada majlis tersebut.
Biro Penerangan ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan setinggi penghargaan kepada Yang Berbahagia Ketua Bahagian, Yang Berbahagia Dato' Nasir Safar, Tuan Haji Ahmad Shafiee dan semua yang terlibat menjayakan program ini. Semoga majlis tersebut telah berjaya memberi suntikan semangat untuk terus berjuang demi agama, bangsa dan negara.
Friday, March 6, 2009
Wednesday, March 4, 2009
Jangan Lupa Program Penghayatan Rukun Negara: Sabtu 7/3/2009 di Auditorium Kedah FM
Jangan lupa program ini. Terdapat sedikit perubahan iaitu Y.Bhg. Dato' Nasir Safar - Pegawai Penerangan Timbalan Perdana Menteri telah bersetuju menerima jemputan daripada Y.Bhg. Dato' Latt untuk memberi ceramah Penghayatan Rukun Negara pada hari tersebut.
- Tarikh & Masa - Sabtu - 7 Mac 2009 (2.00 petang – 6.00 petang)
- Tempat - Auditorium Kedah FM, Jalan Kuala Kedah, Alor Setar, Kedah
- Objektif : Memberi penerangan mengenai isu-isu semasa (tempatan dan nasional) kepada pemimpin UMNO daripada setiap peringkat dan sayap bahagian dalam kawasan Parlimen Kuala Kedah
- Jemputan : Ketua UMNO Cawangan / Setiausaha UMNO Cawangan / Ketua Wanita Cawangan dan AJK Bahagian / Wanita/ Pemuda / Puteri
- Atur Cara Majlis
Ucapan Aluan - Pengarah Penerangan Negeri Kedah
Ceramah Penghayatan Rukun Negara - Yang Berbahagia Dato Nasir Safar (Pegawai Penerangan Timbalan Perdana Menteri)
Amanat Ketua Bahagian - Yang Berbahagia Dato’ Latt Shariman Abdullah
Sesi Soal Jawab Bersama Ketua Bahagian (Pengerusi: Tuan Haji Ahmad Shafie)