
Saturday, April 4, 2009
Yang Berbahagia Dato' Latt & Datin Turun Membantu Jentera BN di Taman Ria , Sungai Petani




Hari ini, Yang Berbahagia Dato Latt Shariman & Datin telah bersama-sama turun padang untuk membantu calon Barisan Nasional di kawasan Peti Undi Taman Ria Selatan, Sungai Petani. Ini jelas membuktikan komitmen yang cukup tinggi daripada Ketua Bahagian UMNO Kuala Kedah itu dalam menggerakkan jentera BN di kawasan tersebut. Semoga ia menjadi contoh dan teladan kepada semua ahli untuk terus bekerja kuat demi memastikan kemenangan BN di DUN Bukit Selambau.
Tahniah & terima kasih Dato' & Datin!
* Gambar ihsan daripada Borhan Sidqi - AJK Penerangan UMNO Bahagian Kuala Kedah.
Kebakaran di Sekolah Kebangsaan Telok Kechai
Pada 3.4.09 (lebih kurang antara pukul 7 - 8 malam) telah berlaku satu kebakaran kecil di Sekolah Kebangsaan Telok Kechai. Maklumat awal mengatakan kemungkinan punca kebakaran ialah disebabkan oleh litar pintas.
Tiada kemalangan jiwa yang berlaku dan pihak Bomba telah dapat mengawal kebakaran dengan cepat dan pantas.
UMNO Bahagian Kuala Kedah telah bersama-sama turut hadir membantu memberi sokongan kepada pihak sekolah.
Friday, April 3, 2009
Program Sukan Rakyat di Bilik Gerakan Peti Undi Taman Ria

Pada 1/4/2009 telah berlangsung satu program Sukan Rakyat yang di kawasan bilik Gerakan Mengundi Taman Ria, Sungai Petani.Program tersebut telah dihadiri oleh Yang Berbahagia Ketua Bahagian Kuala Kedah, Dato' Latt Shariman dan telah diserikan lagi dengan kehadiran Menteri Belia & Sukan , Yang Berhormat Dato' Seri Ismail Sabri Yaacob pada malam tersebut.
Tahniah kepada semua yang terlibat menjayakan program tersebut...
(Gambar ihsan daripada Borhan Sidqi Abdullah)
Pesanan Daripada Yang Berbahagia Dato' Nasir Safar
Biro Penerangan ada menerima satu SMS daripada Yang Berbahagia Dato' Nasir Safar baru-baru ini selepas perlantikan Dato' Seri Najib sebagai Presiden UMNO. Berikut adalah petikan daripada SMS tersebut:
- Alhamdulillah . Pemimpin dan ahli UMNO menaruh harapan perubahan kepimpinan kepada Dato Seri Najib . Dato Seri Najib mengharapkan pemimpin dan ahli UMNO melakukan perubahan .
- Bila gunung sama kita daki . . . lurah sama dituruni . Lautan sama direnangi . UMNO KEMBALI JADI HEBAT . Teruskan segala kerjasama merapatkan barisan . Kita langkah bersama demi UMNO . Kita bangkit sabagai satu bangsa yg hebat . Salam berani berubah sebelum kita rebah . DNS
Terima kasih dan setinggi penghargaan kepada Yang Berbahagia Dato' di atas peringatan tersebut.
Thursday, April 2, 2009
Program Ceramah & Pemeriksaan Kesihatan di Bilik Gerakan Peti Undi Taman Ria
Hari ini telah berlangsung satu lagi program di Bilik Gerakan Peti Undi Taman Ria. Ia melibatkan
- Ceramah oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia bertajuk 'Peluang Perniagaan Melalui Koperasi'
- Pemeriksaan Kesihatan Percuma oleh Klinik Kesihatan Bergerak - Jabatan Perdana Menteri (Yayasan Rahah)
Biro Penerangan ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan majlis tersebut. Tahniah kepada Ketua Bilik Gerakan Peti Undi kerana telah berjaya menganjurkan program tersebut.
Monday, March 30, 2009
Kempen Pilihan Raya Bukit Selambau Bermula - Mesyuarat di Cawangan Angkat UMNO Kuala Kedah - Taman Ria, Sungai Petani
Semalam telah berlangsung mesyuarat bersama cawangan angkat UMNO Bahagian Kuala Kedah di Taman Ria, Sungai Petani.
Mesyuarat telah dihadiri oleh Y.Bhg Ketua Bahagian (Dato Latt Shariman), Naib Ketua (Tuan Haji Muthalib) dan barisan AJK Bahagian dengan pemimpin UMNO cawangan bagi peti undi Taman Ria.
Ia berlangsung dalam suasana yang cukup harmoni dan mesra. UMNO Kuala Kedah berjanji untuk membantu dalam apa saja bentuk demi untuk memastikan kemenangan di DUN Bukit Selambau ini.
Saturday, March 28, 2009
Friday, March 27, 2009
Thursday, March 26, 2009
Ketua Pemuda: Encik Shafiqurrahman Hj. Shamsudin Menang Jawatan Exco Pemuda
Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kuala Kedah, Encik Shafiqurrahman Hj. Shamsudin telah berjaya memenangi jawatan dalam pemilihan Exco Pemuda UMNO Malaysia semalam. Ini merupakan perkembangan yang cukup membanggakan UMNO Kuala Kedah.
Biro Penerangan ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada Shafiq dan semua ahli yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam membantu beliau untuk pemilihan tersebut. Mereka telah bekerja keras siang dan malam bagi memastikan kemenangan ini.
Tahniah & Selamat Berkhidmat untuk Agama, Bangsa & Negara. Mungkin Shafiq boleh bertanding jawatan yang lebih tinggi lagi di tahun 2011!!
Biro Penerangan ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada Shafiq dan semua ahli yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam membantu beliau untuk pemilihan tersebut. Mereka telah bekerja keras siang dan malam bagi memastikan kemenangan ini.
Tahniah & Selamat Berkhidmat untuk Agama, Bangsa & Negara. Mungkin Shafiq boleh bertanding jawatan yang lebih tinggi lagi di tahun 2011!!
Saturday, March 21, 2009
Gambar Wakil Pemuda UMNO Kuala Kedah di Kursus BTN Anjuran UMNO Negeri Kedah di Kulim
Friday, March 20, 2009
Thursday, March 19, 2009
Majlis Doa Selamat & Solat Hajat Untuk Ketua Pemuda (19.03.2009)
Wednesday, March 18, 2009
Program Maulidur Rasul Dapat Perhatian Media (SINAR - 18.3.2009 : U6)





Program Maulidur Rasul yang dianjurkan baru-baru ini oleh Biro Dakwah UMNO Bahagian Kuala Kedah telah mendapat perhatian media. Seperti yang dinyatakan dalam akhbar tersebut lebih 1500 orang telah mengambil bahagian dalam aktiviti berkenaan.
Ini jelas menunjukkan bahawa pelbagai program yang dijalankan di bawah kepimpinan baru UMNO Bahagian yang diterajui oleh Yang Berbahagia Dato Latt Shariman kini telah mula dapat menarik minat masyarakat setempat untuk kembali kepada UMNO khususnya di Kuala Kedah ini. Tahniah diucapkan!
Monday, March 16, 2009
Isteri Yang Berbahagia Ketua Bahagian Rasmi Mesyuarat Agong PIBG Sekolah Kebangsaan Kangkong - (SINAR : 16.03.2009 - U6)
Sunday, March 15, 2009
Mesyuarat AJK UMNO Bahagian Kuala Kedah
Untuk makluman, mesyuarat AJK UMNO Bahagian Kuala Kedah kali ke 2 telah berlangsung di Pejabat UMNO Bahagian pada pukul 9 malam 14/3/2009 dan berlarutan hingga pukul 1.00 pagi 15/3/2009. Banyak isu-isu penting telah dibincangkan pada hari tersebut termasuk isu berkaitan pilihan raya di Bukit Selambau yang akan datang.
Saturday, March 14, 2009
Program Maulidur Rasul di Kuala Kedah Dapat Sambutan Hangat
Program ini telah mendapat sambutan yang amat hangat dan telah dihadiri oleh ribuan penduduk di sekitar Kuala Kedah.
Tahniah diucapkan kepada Pengerusi Biro Dakwah (Penghulu Zakaria) dan seluruh ahli jawatankuasa kerana berjaya menganjurkan program ini!
Friday, March 13, 2009
Pengakap Kelana Laut Dalam Media (SINAR - 13.3.3009 : U6)
Thursday, March 12, 2009
Video Ceramah Penghayatan Rukun Negara
UMNO Kuala Kedah telah merakamkan Program Ceramah Penghayatan Rukun Negara oleh Yang Berbahagia Dato' Nasir Safar baru-baru ini. Ia kini diperingkat akhir dan akan siap dalam masa yang terdekat.
Sesiapa yang berminat untuk mendapatkan video ini, bolehlah menghubungi pihak Biro Penerangan UMNO. Sekiranya kewangan mengizinkan, ia boleh diedarkan kepada semua cawangan UMNO di Parlimen Kuala Kedah .
Sesiapa yang mempunyai kepakaran untuk membuat salinan video atau membuat penyuntingan video yang telah dirakamkan, diharap dapat membantu kami di sini. Kerjasama dan sumbangan pihak tuan/puan amatlah dihargai dan disanjung tinggi.
Terima kasih.
Sesiapa yang berminat untuk mendapatkan video ini, bolehlah menghubungi pihak Biro Penerangan UMNO. Sekiranya kewangan mengizinkan, ia boleh diedarkan kepada semua cawangan UMNO di Parlimen Kuala Kedah .
Sesiapa yang mempunyai kepakaran untuk membuat salinan video atau membuat penyuntingan video yang telah dirakamkan, diharap dapat membantu kami di sini. Kerjasama dan sumbangan pihak tuan/puan amatlah dihargai dan disanjung tinggi.
Terima kasih.
Wednesday, March 11, 2009
Satu Lagi Program Maulidur Rasul
Satu lagi jemputan ke Program Maulidur Rasul iaitu pada 12hb mac 2009 di Surau Al-Hidayah jam 10pg-2ptg , Cawangan Tebengau anjuran AJK Bahagian - Encik Jasni Saud.
Semua dijemput hadir
(Mesej diterima daripada AJK Bahagian - Puan Zuraini Kamal)
Semua dijemput hadir
(Mesej diterima daripada AJK Bahagian - Puan Zuraini Kamal)
Subscribe to:
Posts (Atom)


















