BULAN MULIA PAHALA BERGANDA
Puasa bulan Ramadhan merupakan salah satu daripada rukun Islam yang lima, mula diwajibkan pada tahun kedua Hijrah. Hukumnya fardhu Ain atas tiap-tiap mukallaf (baligh dan berakal).
Rasulallah s.a.w sendiri telah mengerjakan puasa sebanyak sembilan kali Ramadhan sepanjang hayat baginda, iaitu 8 kali berpuasa 29 hari dan 1 kali berpuasa cukup 30 hari.
Marilah kita hadir ke masjid sepanjang bulan Ramadhan tahun ini dengan menyempurnakan solat sunat tarawih 20 rakaat dan bertadarus al-Quran. Mudah-mudahan Ramadhan tahun ini adalah yang terbaik dalam hidup kita.
Salam perjuangan di Ramadhan Almubarak . Kuatkan semangat teguhkan iman, rapatkan pemuafakatan, perkukuhkan perjuangan. Wasallam.