Pada 26hb September 2009 (Sabtu) dari jam 10.00 pagi hingga 2.30 petang, YBhg Dato' Latt Shariman Abdullah, Ketua UMNO Bahagian Kuala Kedah serta keluarga telah mengadakan Jamuan Aidilfitri di KEMAS Parlimen Kuala Kedah, Kuala Sungai. Jamuan Aidil Fitri tersebut telah dihadiri oleh 3000 orang yang terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat dan bangsa.