HUBUNGI KAMI:

UMNO Bahagian Kuala Kedah
Tingkat 3, Bangunan UMNO, Jalan Sultan Badlishah, 05000 Alor Setar, Kedah Darul Aman
Telefon: +604-7301710 Faks: +604-7301699
E-mail:
kualakedah.umno@gmail.com
ketua.penerangan.ubkk@gmail.com

Monday, August 31, 2009

Majlis Berbuka Puasa DUN Pengkalan Kundor

Majlis Berbuka Puasa Peringkat DUN Pengkalan Kundor anjuran UMNO Bahagian Kuala Kedah melalui Biro Dakwah telah berlangsung pada 29hb Ogos 2009 di Masjid Kebun Pinang. Majlis ini telah dihadiri oleh YBhg. Dato' Latt Shariman Abdullah (Ketua UMNO Bahagian), YBhg. Dato' Jamil Idross (Timbalan Ketua UMNO Bahagian), Tuan Haji Muthalib Harun (Naib Ketua UMNO Bahagian) AJK Bahagian, AJK Wanita Bahagian, AJK Pemuda Bahagian & AJK Puteri Bahagian serta masyarakat sekitar dan ahli-ahli UMNO pelbagai peringkat.

Thursday, August 27, 2009

Program Bulan Ramadhan 1430H

Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, UMNO Bahagian Kuala Kedah akan menganjurkan Majlis Berbuka Puasa seperti ketetapan di bawah:


1. DUN PENGKALAN KUNDOR

Tarikh: 29hb Ogos 2009 / 8 Ramadhan 1430H
Masa: 6.30 petang
Tempat: Masjid Kebun Pinang

2. DUN KUBANG ROTAN

Tarikh: 04hb September 2009 / 14 Ramadhan 1430H
Masa: 6.30 petang
Tempat: Masjid Kubang Jawi

3. DUN ANAK BUKIT

Tarikh: 11hb September 2009 / 21 Ramadhan 1430H
Masa: 6.30 petang
Tempat: Masjid Simpang 4 Kuar


SEMUA DIJEMPUT HADIR

Saturday, August 22, 2009

SELAMAT BERPUASA

UMNO Bahagian Kuala Kedah mengucapkan:

SELAMAT BERPUASA



Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kuala Kedah 2009


Terima kasih kepada YAB Dato' Seri Dr. Zambry Bin Abd. Kadir, Menteri Besar Perak kerana sudi hadir untuk merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kuala Kedah 2009.
Tahniah dan Syabas kepada YBhg. Dato' Latt Shariman Abdullah (Ketua UMNO Bahagian), YBhg. Dato' Jamil Bin Idross (Timbalan Ketua), Tuan Hj Muthalib Bin Harun (Naib Ketua) & barisan AJK UMNO Bahagian Kuala Kedah di atas kejayaan menjalankan Mensyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kuala Kedah 2009 dengan jayanya.


Ucapan terima kasih kepada Pergerakan Wanita, Pemuda, dan Puteri UMNO Bahagian Kuala Kedah di atas sumbangan tenaga dalam menjayakan mesyuarat kali ini.

UMNO Bahagian Kuala Kedah juga mengucapkan terima kasih kepada wakil Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah (Bahagian Merbuk) serta wakil parti-parti Komponen BN serta Badan NGO yang turut hadir ke Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kuala Kedah 2009.

Bendera Parti Keramat

Pemuda UMNO Bahagian Kuala Kedah sedang membuat persiapan akhir menjelang Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kuala Kedah 2009 di Dewan SMK Tunku Abdul Aziz, Simpang 4, Kangkong. Betapa megahnya Bendera UMNO berkibar. Hidup UMNO... Hidup UMNO... Hidup UMNO.

Bantuan Mangsa Ribut


UMNO Bahagian Kuala Kedah bersama YB Senator Mejar Jeneral (B) Dato' Jamil Khir Bin Baharom, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri telah menyampaikan sumbangan ehsan kepada mangsa-mangsa ribut di dalam Parlimen Kuala Kedah baru-baru ini. Majlis tersebut turut dihadiri oleh YBhg. Dato' Latt Shariman Abdullah dan YBhg. Dato' Jamil Bin Idross

Sunday, August 9, 2009

Sekitar Majlis Penutupan Pemukiman JKKKP Kuala Kedah 2009



Majlis Perasmian Penutup Pemukiman JKKKP Kuala Kedah 2009 telah berlansung pada 08hb Ogos 2009 di Bukit Air Resort, Batu Pahat, Perlis di mana telah disempurnakan oleh YAB Menteri Besar Perlis. TAHNIAH kepada Biro Keahlian & Siaga Pilihanraya, UMNO Bahagian Kuala Kedah..

Saturday, August 8, 2009

Pemukiman JKKKP Parlimen Kuala Kedah 2009


Tahniah kepada Biro Keahlian & Siaga Pilihanraya, UMNO Bahagian Kuala Kedah kerana telah berjaya menjalankan program Pemukiman Muafakat Pemimpin JKKKP Parlimen Kuala Kedah 2009 di mana berlangsung di Bukit Air Resort, Batu Pahat, Perlis pada 07hb - 08hb Ogos 2009.

Mesyuarat Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Kuala Kedah


Tahniah kepada Ketua Pemuda & Barisan Kepimpinan Pemuda UMNO Bahagian Kuala Kedah kerana telah berjaya menjalankan Mesyuarat Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Kuala Kedah 2009 di Dewan UMNO, Tingkat 8, Bangunan Tunku pada 07hb Ogos 2009.

Majlis Perasmian Semaian Bakti Parlimen Kuala Kedah 2009



YBhg. Dato' Latt Shariman Abdullah, Ketua UMNO Bahagian Kuala Kedah telah merasmikan Program Semaian Bakti Kuala Kedah 2009 di SMK Kubang Rotan pada 07hb Ogos 2009 (Sabtu)

Friday, August 7, 2009

SELAMAT DATANG KE KUALA KEDAH


UMNO Bahagian Kuala Kedah mengucapkan selamat datang kepada adik-adik Kelab UMNO Indonesia ke Parlimen Kuala Kedah. Terima kasih kepada keluarga-keluarga angkat yang terlibat dalam program ini.

Thursday, August 6, 2009

AKTIVITI/PROGRAM 6 - 9 OGOS 2009

SEMAIAN BAKTI PARLIMEN KUALA KEDAH

Tarikh: 6hb-9hb Ogos 2009
Tempat: Sekitar Parlimen Kuala Kedah
Konsep: Keluarga Angkat
Anjuran: Biro Antarabangsa, UMNO Negeri Kedah, Biro Pembangunan Insan, UMNO Bahagian Kuala Kedah & Kelab UMNO Indonesia


MESYUARAT PERWAKILAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN KUALA KEDAH

Tarikh: 07hb Ogos 2009 (Jumaat)
Masa: 3.00 petang
Tempat: Dewan Tingkat 8, Bangunan Tunku Alor Setar


PEMUKIMAN JKKKP PARLIMEN KUALA KEDAH

Tarikh: 07hb-08hb Ogos 2009

Tempat: Bukit Air Resort, Perlis
Anjuran: Biro Keahlian & Siaga Pilihanraya, UMNO Bahagian Kuala Kedah
Peserta: Pengerusi JKKKP (Ketua UMNO Cawangan)


JADUAL PROGRAM SEMAIAN BAKTI

Wednesday, August 5, 2009

Taklimat Program Pemukiman JKKKP Parlimen Kuala Kedah

Majlis taklimat Program Pemukiman JKKKP Parlimen Kuala Kedah telah berlansung di Dewan, Tingkat 6, Bangunan UMNO Alor Setar pada 05hb Ogos 2009 jam 4.00 petang. Taklimat tersebut telah dilaksanakan UMNO Bahagian Kuala Kedah melalui Biro Keahlian dan Siaga Pilihanraya. Program ini akan berlangsung secara rasmi mulai 07hb - 08hb Ogos 2009 di Bukit Air Resort, Perlis.

Program Semaian Bakti dalam Media Sinar

Puteri UMNO Bahagian Dalam Media Sinar

Ketua UMNO Bahagian Dalam Media Sinar


Tuesday, August 4, 2009

Ceramah Perdana Israk Mikraj Peringkat UMNO Bahagian Kuala Kedah

Biro Dakwah UMNO Bahagian Kuala Kedah telah menganjurkan Ceramah Perdana "Israk & Mikraj" peringkat UMNO Bahagian Kuala Kedah yang telah berlansung di Dewan UMNO Taman Aman, Anak Bukit pada 01hb Ogos 2009.

Bertugas di Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Baling


AJK UMNO Bahagian, Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Kuala Kedah bertugas sebagai Wakil Perhubungan UMNO Negeri Kedah di Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Baling. Terima kasih dan Tahniah kepada semua yang terlibat.

Mesyuarat Perwakilan Puteri UMNO Bahagian Kuala Kedah

UMNO Bahagian Kuala Kedah mengucapkan TAHNIAH kepada Ketua Puteri dan barisan Ahli Jawatankuasa kerana telah berjaya melangsungkan Mesyuarat Perwakilan Puteri UMNO Bahagian Kuala Kedah 2009 di Dewan Tingkat 6, Bangunan UMNO Alor Setar pada 01hb Ogos 2009.