HUBUNGI KAMI:

UMNO Bahagian Kuala Kedah
Tingkat 3, Bangunan UMNO, Jalan Sultan Badlishah, 05000 Alor Setar, Kedah Darul Aman
Telefon: +604-7301710 Faks: +604-7301699
E-mail:
kualakedah.umno@gmail.com
ketua.penerangan.ubkk@gmail.com

Monday, March 30, 2009

Kempen Pilihan Raya Bukit Selambau Bermula - Mesyuarat di Cawangan Angkat UMNO Kuala Kedah - Taman Ria, Sungai Petani



Semalam telah berlangsung mesyuarat bersama cawangan angkat UMNO Bahagian Kuala Kedah di Taman Ria, Sungai Petani.
Mesyuarat telah dihadiri oleh Y.Bhg Ketua Bahagian (Dato Latt Shariman), Naib Ketua (Tuan Haji Muthalib) dan barisan AJK Bahagian dengan pemimpin UMNO cawangan bagi peti undi Taman Ria.
Ia berlangsung dalam suasana yang cukup harmoni dan mesra. UMNO Kuala Kedah berjanji untuk membantu dalam apa saja bentuk demi untuk memastikan kemenangan di DUN Bukit Selambau ini.

Ketua Penerangan Dalam Media (SINAR 30.3.2009 : U6)




UMNO Kuala Kedah Dalam Media (SINAR 30.3.2009 : U6) - Gambar Program Maulidur Rasul


Saturday, March 28, 2009

Thursday, March 26, 2009

Ketua Pemuda: Encik Shafiqurrahman Hj. Shamsudin Menang Jawatan Exco Pemuda

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kuala Kedah, Encik Shafiqurrahman Hj. Shamsudin telah berjaya memenangi jawatan dalam pemilihan Exco Pemuda UMNO Malaysia semalam. Ini merupakan perkembangan yang cukup membanggakan UMNO Kuala Kedah.

Biro Penerangan ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada Shafiq dan semua ahli yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam membantu beliau untuk pemilihan tersebut. Mereka telah bekerja keras siang dan malam bagi memastikan kemenangan ini.

Tahniah & Selamat Berkhidmat untuk Agama, Bangsa & Negara. Mungkin Shafiq boleh bertanding jawatan yang lebih tinggi lagi di tahun 2011!!

Saturday, March 21, 2009

Gambar Wakil Pemuda UMNO Kuala Kedah di Kursus BTN Anjuran UMNO Negeri Kedah di Kulim


Gambar ini telah dikirim oleh Encik Fauzi - Ketua Penerangan Pemuda UMNO Bahagian Kuala Kedah. Terima kasih Encik Fauzi, lain kali kirimlah lagi!

Thursday, March 19, 2009

Majlis Doa Selamat & Solat Hajat Untuk Ketua Pemuda (19.03.2009)


Majlis ini telah diadakan di Masjid Tunku Abdul Rahman Putra, Kuala Kedah dan telah dihadiri oleh hampir 150 orang. Pendekatan seperti ini memberi imej yang cukup baik khususnya kepada kepimpinan Pemuda UMNO Bahagian.
Tahniah Pemuda!

Wednesday, March 18, 2009

Program Maulidur Rasul Dapat Perhatian Media (SINAR - 18.3.2009 : U6)





Program Maulidur Rasul yang dianjurkan baru-baru ini oleh Biro Dakwah UMNO Bahagian Kuala Kedah telah mendapat perhatian media. Seperti yang dinyatakan dalam akhbar tersebut lebih 1500 orang telah mengambil bahagian dalam aktiviti berkenaan.
Ini jelas menunjukkan bahawa pelbagai program yang dijalankan di bawah kepimpinan baru UMNO Bahagian yang diterajui oleh Yang Berbahagia Dato Latt Shariman kini telah mula dapat menarik minat masyarakat setempat untuk kembali kepada UMNO khususnya di Kuala Kedah ini. Tahniah diucapkan!

Monday, March 16, 2009

Isteri Yang Berbahagia Ketua Bahagian Rasmi Mesyuarat Agong PIBG Sekolah Kebangsaan Kangkong - (SINAR : 16.03.2009 - U6)


Baru-baru ini , isteri kepada Yang Berbahagia Ketua Bahagian , Datin Nurzihan Latt telah merasmikan Mesyuarat Agong PIBG ke 33 di Sekolah Kebangsaan Kangkong. Ia telah mendapat perhatian media pada hari ini.
Terima kasih Datin!

Sunday, March 15, 2009

Mesyuarat AJK UMNO Bahagian Kuala Kedah

Untuk makluman, mesyuarat AJK UMNO Bahagian Kuala Kedah kali ke 2 telah berlangsung di Pejabat UMNO Bahagian pada pukul 9 malam 14/3/2009 dan berlarutan hingga pukul 1.00 pagi 15/3/2009. Banyak isu-isu penting telah dibincangkan pada hari tersebut termasuk isu berkaitan pilihan raya di Bukit Selambau yang akan datang.

Saturday, March 14, 2009

Program Maulidur Rasul di Kuala Kedah Dapat Sambutan Hangat







Hari ini telah berlangsung Program Maulidur Rasul peringkat Parlimen Kuala Kedah anjuran Biro Dakwah UMNO Bahagian Kuala Kedah dan telah dirasmikan sendiri oleh Yang Berbahagia Dato Latt Shariman.
Program ini telah mendapat sambutan yang amat hangat dan telah dihadiri oleh ribuan penduduk di sekitar Kuala Kedah.
Tahniah diucapkan kepada Pengerusi Biro Dakwah (Penghulu Zakaria) dan seluruh ahli jawatankuasa kerana berjaya menganjurkan program ini!

Ketua Puteri dalam Media (SINAR: 14.03.2009 : U6)


Friday, March 13, 2009

Ketua Puteri dalam Media (Harian METRO : 13.03.2009 - N25)



Pengakap Kelana Laut Dalam Media (SINAR - 13.3.3009 : U6)


Pengakap Kelana Laut merupakan hasil cetusan idea Yang Berbahagia Dato Latt Shariman kini telah tertubuh dengan rasminya dan telah mendapat perhatian media - SINAR hari ini.
Tahniah dan selamat berkhidmat!

Thursday, March 12, 2009

Video Ceramah Penghayatan Rukun Negara

UMNO Kuala Kedah telah merakamkan Program Ceramah Penghayatan Rukun Negara oleh Yang Berbahagia Dato' Nasir Safar baru-baru ini. Ia kini diperingkat akhir dan akan siap dalam masa yang terdekat.
Sesiapa yang berminat untuk mendapatkan video ini, bolehlah menghubungi pihak Biro Penerangan UMNO. Sekiranya kewangan mengizinkan, ia boleh diedarkan kepada semua cawangan UMNO di Parlimen Kuala Kedah .
Sesiapa yang mempunyai kepakaran untuk membuat salinan video atau membuat penyuntingan video yang telah dirakamkan, diharap dapat membantu kami di sini. Kerjasama dan sumbangan pihak tuan/puan amatlah dihargai dan disanjung tinggi.
Terima kasih.

Pengerusi Biro Pembangunan Insan dalam Media : SINAR 12/03/09 : U6

Wednesday, March 11, 2009

Satu Lagi Program Maulidur Rasul

Satu lagi jemputan ke Program Maulidur Rasul iaitu pada 12hb mac 2009 di Surau Al-Hidayah jam 10pg-2ptg , Cawangan Tebengau anjuran AJK Bahagian - Encik Jasni Saud.
Semua dijemput hadir
(Mesej diterima daripada AJK Bahagian - Puan Zuraini Kamal)

Tuesday, March 10, 2009

Program Sempena Maulidur Rasul 2009

Berikut adalah antara jemputan untuk program-program yang akan dijalankan di kawasan Parlimen Kuala Kedah

Anjuran KEMAS Parlimen Kuala Kedah
  1. DUN Anak Bukit : (10/3/2009) - 8 pagi : TABIKA KEMAS Taman Sayang
  2. DUN Pengkalan Kundur (11/3/2009) - 8 pagi : TABIKA KEMAS Kampung Pisang
  3. DUN Kubang Rotan (12/3/2009) - 8 pagi : Dewan Kampung Kubang Jawi.

Anjuran Puteri UMNO

  1. Surau Kampung Hujung Mergong (13/3/2009) - 8.00 malam

Anjuran Biro Dakwah UMNO Bahagian Kuala Kedah

  1. Masjid Tunku Abdul Rahman Putra Kuala Kedah - berarak hingga ke Sekolah Haji Ismail Kuala Kedah (14/3/2009 : 8.30 pagi)

Anjuran Penyelaras UMNO Kawasan Kubang Rotan

  1. Kenduri - Surau Haji Yahya@ Lee Bin Hamid , Kampung Lemping , Kubang Rotan (19/3/2009 : Jamuan - 11 pagi hingga 4 petang)

Monday, March 9, 2009

Kebakaran di Kubang Siam



Pada hari ini telah berlaku satu kebakaran di Kampung Kubang Siam, Alor Janggus yang telah meragut satu nyawa (Puan Hindun)
UMNO Bahagian Kuala Kedah ingin merakamkan ucapan takziah kepada keluarga yang terlibat. Biro Kebajikan UMNO Kuala Kedah yang diketua oleh Dr Razif Abdul Razak telah pun ke tempat kejadian pada pagi tadi bagi memberi bantuan.

Peringatan Kepada Orang Melayu Kuala Kedah

Pada pagi ini, Biro Penerangan UMNO Kuala Kedah ada menerima SMS berikut daripada Yang Berbahagia Dato' Nasir Safar (Pegawai Penerangan Timbalan Perdana Menteri).
Renung-renungkanlah pesanan ini.
Alhamdulillah....
Bila Islam jadi agama rasmi negara,
Melayu itu Islam,
UMNO telah meletakkan asas yang kukuh .......
Terima kasih Dato'!

Saturday, March 7, 2009

Program Penghayatan Rukun Negara & Penerangan Isu-isu Semasa Peringkat Parlimen Kuala Kedah







Program ini telah berlangsung pada hari ini seperti yang dijadualkan. Berikut merupakan atur cara yang dijalankan

  1. Tayangan multimedia mengenai aktiviti yang telah dijalankan oleh Yang Berbahagia Dato' Latt sejak memegang jawatan Ketua Bahagian.
  2. Bacaan doa oleh Penghulu Zakaria (Pengerusi Biro Dakwah)
  3. Nyanyian lagu Negaraku
  4. Ketua Pemuda , Encik Shafiq membaca ikrar Rukun Negara.
  5. Ucapan aluan oleh Timbalan Pengarah Penerangan Negeri Kedah
  6. Ceramah Penghayatan Rukun Negara oleh Yang Berbahagia Dato' Nasir Safar, Pegawai Penerangan Timbalan Perdana Menteri
  7. Ucapan Perasmian Penutup oleh Tuan Haji Ahmad Shafiee, Setiausaha UMNO Bahagian Kuala Kedah

Ceramah yang diberikan cukup hebat dan telah mendapat pujian daripada semua ahli yang hadir pada hari tersebut. Terima kasih dan tahniah kepada Yang Berbahagia Ketua Bahagian kerana telah berjaya mendapatkan penceramah yang amat berkaliber seperti Dato' Nasir ini untuk datang ke Kuala Kedah.

Walaupun Yang Berbahagia Dato' Latt sendiri tidak dapat hadir pada hari ini kerana terpaksa menghadiri Mesyuarat Perhubungan UMNO Negeri Kedah yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri di Kuala Lumpur, namun beliau telah memberi semangat dan dorongan supaya program ini diteruskan demi kebaikan ahli UMNO di Kuala Kedah. Salam Yang Berbahagia Dato' telah disampaikan oleh Tuan Haji Ahmad Shafiee dalam ucapan perasmian penutup kepada semua ahli yang hadir pada majlis tersebut.

Biro Penerangan ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan setinggi penghargaan kepada Yang Berbahagia Ketua Bahagian, Yang Berbahagia Dato' Nasir Safar, Tuan Haji Ahmad Shafiee dan semua yang terlibat menjayakan program ini. Semoga majlis tersebut telah berjaya memberi suntikan semangat untuk terus berjuang demi agama, bangsa dan negara.

Wednesday, March 4, 2009

Jangan Lupa Program Penghayatan Rukun Negara: Sabtu 7/3/2009 di Auditorium Kedah FM

Jangan lupa program ini. Terdapat sedikit perubahan iaitu Y.Bhg. Dato' Nasir Safar - Pegawai Penerangan Timbalan Perdana Menteri telah bersetuju menerima jemputan daripada Y.Bhg. Dato' Latt untuk memberi ceramah Penghayatan Rukun Negara pada hari tersebut.

  • Tarikh & Masa - Sabtu - 7 Mac 2009 (2.00 petang – 6.00 petang)
  • Tempat - Auditorium Kedah FM, Jalan Kuala Kedah, Alor Setar, Kedah
  • Objektif : Memberi penerangan mengenai isu-isu semasa (tempatan dan nasional) kepada pemimpin UMNO daripada setiap peringkat dan sayap bahagian dalam kawasan Parlimen Kuala Kedah
  • Jemputan : Ketua UMNO Cawangan / Setiausaha UMNO Cawangan / Ketua Wanita Cawangan dan AJK Bahagian / Wanita/ Pemuda / Puteri
  • Atur Cara Majlis
    Ucapan Aluan - Pengarah Penerangan Negeri Kedah
    Ceramah Penghayatan Rukun Negara - Yang Berbahagia Dato Nasir Safar (Pegawai Penerangan Timbalan Perdana Menteri)
    Amanat Ketua Bahagian - Yang Berbahagia Dato’ Latt Shariman Abdullah
    Sesi Soal Jawab Bersama Ketua Bahagian (Pengerusi: Tuan Haji Ahmad Shafie)

Ketua Bahagian & Program Kesihatan di Padang Hang Dapat Perhatian Media

SINAR (2/3/2009 : U6)

SINAR (4/3/2009 - U6)

Sunday, March 1, 2009

Selamat Bertugas Setiausaha Kerja Baru UMNO Kuala Kedah

Biro Penerangan UMNO Bahagian Kuala Kedah ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan tahniah kepada Encik Borhan Sidqi Abdullah kerana telah dilantik menjadi Setiausaha Kerja UMNO Bahagian bermula 1 Mac 2009 (hari ini)
Selamat Bertugas Saudara Borhan ! Lepas ni kena kerja lebih kuat lagi untuk UMNO...